Sumber
perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan
Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan,
berhampiran sempadan Pakistan.
Menurut
akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia)
memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka
telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan
hampir tiada makanan,".
Kenyataan
itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan MH370
sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.
Kapal
berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya
mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi
pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat
itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua
koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan
Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan
analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik
syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan
MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di
tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.
Pada
24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia
mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Kawasan
pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira
1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini
kumpulan penyiasat antarabangsa.
Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia.
-Mynewshub.my-
No comments:
Post a Comment