Friday, April 11, 2014

SPR MALAYSIA : KAMI SANGAT MALU DENGAN INDON ....

Macai patut malu dengan laporan dari Indonesia ini...


Walaupun ramai diantara kita menganggap negara jiran kita ini iaitu Indonesia berada di belakang negara kita baik dari segi ekonomi, pembangunan dan lain-lain lagi, hakikatnya cara mereka berdepan dengan Pilihanraya jauh lebih baik dari negara kita..

Dinegara mereka semua parti politik diberikan peluang mengemukakan manifesto mereka dalam televisyen yang dikawal oleh kerajaan.

Mereka juga menggunakan dakwat kekal seperti negara kita yang berbezanya ialah dakwat kekal mereka itu adalah kekal dan dinegara kita pula dakwat kekal itu akan kekal kalau tidak dicuci..

Prof Agus menunjukkan dakwat kekal yang tak hilang walau telah dicuci

Mereka tidak menggunakan isu moral seperti tuduhan liwat dan salah laku seks untuk menjatuhkan lawan, apa yang mereka tampilkan ialah agenda untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negara..

Jadi biarpun negara mereka tidak semaju negara kita cara mereka berfikir sebenarnya jauh lebih kedepan jika dibandingkan dengan 47% rakyat Malaysia..

Laporan berkaitan...

Pemilu Indonesia: Isu masa depan negara jadi fokus 

SHAH ALAM - "Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 hanya berkisar mengenai kesejahteraan hidup rakyat dan masa hadapan negara," kata penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang kini berada di Indonesia untuk membuat perhatian pilihan raya di sana. 
Ketika mengulas mengenai pembuangan undi oleh rakyat Indonesia hari ini, menurutnya isu kempen pilihan raya Indonesia lebih menjurus kepada kempen untuk menjadikan Indonesia lebih baik dan tiada isu moral pesaing dimainkan.

"Bandar seluruh Indonesia pagi ini lenggang. Rakyat beratur mengundi seawal jam 7 pagi hingga 1 petang apabila tempat mengundi ditutup.

"Di tempat mengundi tadi, saya berbincang dengan beberapa orang. Kata mereka, isu utama pilihan raya adalah ke arah menjadikan Indonesia lebih baik dan sejahtera, tiada isu 'kotor' yang dimainkan," katanya.

Rakyat Indonesia menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk mengundi pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014.

Nasib calon-calon yang merebut 560 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia akan ditentukan oleh 185.5 juta pengundi berdaftar negara tersebut.

Selepas tiga minggu kempen parti politik berakhir Sabtu lepas, pengundi berdaftar Indonesia akan menentukan pemimpin mereka bagi tempoh lima tahun akan datang. 
Rakyat Indonesia secara serentak akan memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.

Ini merupakan kali keempat Indonesia melaksanakan Pemilu sejak kembali ke sistem demokrasi selepas 32 tahun dikuasai satu parti sahaja ~ Sinar Harian

No comments:

Post a Comment