Isu Getah : Nak kena berdemo baru Kerajaan nak dengaq masalah rakyat, itupun baru kaji je..!!
Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Baling Sabtu lepas. Pihak
penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di
sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang
membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah
perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat. – Gambar dari blog
Omakkau, 9 April, 2014.
Ekoran berlaku perhimpunan besar-besaran di Baling Sabtu lepas, kerajaan
sedang mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan harga lantai komoditi
getah bagi mengelakkan pekebun kecil terbeban dengan harga komoditi itu
yang tidak stabil.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah
Embas berkata, kerajaan melalui kementerian itu mengadakan satu makmal
pada Mac lalu untuk membincangkan mekanisme 'Social Safety Net' yang
sesuai sebagai pendekatan membantu pekebun kecil.
"Cadangan-cadangan (dalam makmal) ini sedang dalam pertimbangan kerajaan
dan sama ada kita akan melaksanakan harga lantai atau tidak bergantung
kepada hasil rumusan makmal ini," katanya dalam jawapan bertulis kepada
soalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat, lapor Bernama.
Dalam soalannya, Nawawi ingin tahu perancangan kementerian untuk
menetapkan harga lantai atau cara lain yang difikirkan yang sesuai agar
pihak pekebun getah menerima pendapatan yang stabil bagi menampung
kehidupan keluarga mereka.
Uggah berkata kerajaan turut mengkaji pilihan yang sesuai, termasuk
menggalakkan aktiviti sampingan bagi menjana pendapatan tambahan kepada
pekebun kecil getah untuk menangani kesan negatif daripada penurunan
harga dan pendapatan.
Di Baling Sabtu lepas, puluhan ribu penduduk Baling serta penyokong PAS
dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk menuntut harga getah yang lebih baik
ekoran kejatuhan bahan komoditi itu yang merudum sejak kebelakangan ini.
Ia diadakan bagi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974
yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan
harga getah.
Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada
waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita
Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
Pihak penganjur menganggarkan sebanyak 10,000 hadir pada sesi program di
sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 20,000 orang
membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda bagi mengikuti ceramah
perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.
Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak
menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda
sokongan biarpun terpaksa berpayung. – 9 April, 2014.
No comments:
Post a Comment