Monday, April 14, 2014

PM UMNO/BN : KAN SAYA DAH CAKAP, KITA MENUJU NEGARA MAJU 2020 ....

Tahniah ! Kejayaan Najib sebagai Menteri Kewangan yang WAJIB kita ketahui..

Tak susah bila umno memerintah dan menjadi menteri, tak perlu nak fikir bagaimana nak tingkatkan ekonomi rakyat, pergi mampos dengan rakyat,, selagi boleh cekik rakyat dengan kenaikan harga barang, tambah cukai, pertambahkan dengan pelbagai saman, akibatnya inilah yang rakyat Malaysia dapat...



Hampir 300,000 muflis hingga Dis 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri mengakui berlaku peningkatan individu yang diisytihar bankrap di seluruh negara bermula tahun 2007 hingga 2013 di mana jumlah keseluruhannya sebanyak 122,169 orang.

Menurutnya, pada 2007 individu yang diisytihar muflis sebanyak 13,238, manakala 13,855 orang (2008), 16,228 orang (2009), 18,119 orang(2010), 19,167 orang (2011), 19,575 orang (2012) dan 21,987 orang (2013).

Jumlah keseluruhan yang bankrap sehingga Disember 2013 adalah seramai 253,635 orang.

"Terdapat peningkatan kes kebankrapan pada 2007 hingga 2013," kata Nancy (BN-Batang Sadong) dalam sidang sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

Berdasarkan statistik terkini sehingga 2014, beliau menepis tanggapan bahawa individu yang dikategori bankrap disebabkan oleh "ketegangan ekonomi" tetapi melibat masalah keperluan peribadi seperti pembelian kenderaan dan pinjaman perumahan.

Sebaliknya, katanya, sebanyak 33,570 individu atau 26.54 peratus terlibat masalah sewa beli kenderaan dan - tanpa memberikan statistik - individu terlibat dengan masalah pembelian perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan.

"Jadi saya rasa ini bukan ketegangan ekonomi, tetapi mungkin (masalah) keperluan peribadi dari segi kenderaan dan perumahan.

"Yang lain, (adalah) pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan. Kalau kita kata dari segi ekonomi, perniagaan, ia merupakan (berada) peringkat yang keempat daripada apa yang (saya) disenaraikan di sini," katanya.

Nancy menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkaitan jumlah, trend peningkatan dan sebab terjadinya situasi itu sama ada disebabkan dapat kemudahan kredit atau keadaan ekonomi yang menghimpit.

Tak ada pulak statistik berapa ribu kes ragut, ugut, culik, curi, rasuah dan pelbagai lagi dalam tempoh yang sama... hebatkan Malaysia...

No comments:

Post a Comment