Mahkamah tentera terima 5 bantahan Mejar Zaidi
Mahkamah tentera menerima bantahan awal Mejar Zaidi Ahmad terhadap lima
pertuduhan berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai
isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.
Lima bantahan yang diterima mengenai kesalahan itu adalah tuduhan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Dua lagi ditolak adalah bantahan ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 51 akta sama, berhubung kesalahan menghantar pesanan SMS berbaur politik dan hasutan.

Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan memutuskan lima pertuduhan
yang dibantah itu akan dirujuk kepada "pihak berkuasa sidang" untuk
tindakan lanjut.
"Pihak berkuasa sidang" merujuk kepada Panglima No 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif bin Abdul Ghani.
Ahmad Zaidi, seorang pegawai dari Pengkalan Udara Butterworth mengemukakan bantahan tersebut melalui peguamnya Hanipa Maidin.
Pertuduhan berkenaan dijalankan ke atas Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia itu pada 7 Februari lalu.
Hanipa Maidin mengemukakan bantahan itu mengikut Kaedah 62 Kaedah-kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976.
Beliau ketika mengemukakan hujahnya berkata, lima pertuduhan yang dibantah itu mengandungi kecacatan dan tidak betul kerana ia tidak wujud dalam Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Menurutnya, kesalahan "melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera" dalam lima pertuduhan itu berbeza dengan kesalahan “tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasan” seperti dinyatakan dalam Seksyen 50(2).
Jelasnya, seksyen tersebut memperuntukkan kesalahan "tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah daripada pegawai atasannya" dan bukannya kesalahan “melanggar perintah”.
Hujahnya lagi, Seksen 2 akta yang sama juga tidak menafsir “Majlis Angkatan Tentera” sebagai pegawai atasan Zaidi Ahmad.
"Kalau pertuduhan tidak betul, bagaimana kita hendak kendalikan kes? Dan bagaimana kami hendak tahu bagaimana kami hendak soal saksi?,” katanya.
Katanya, mahkamah perlu mengambil kira beban pembuktian dan juga pertuduhan dalam kes ini terlebih dahulu perbicaraan dilanjutkan.
“Kalau pertuduhan tak betul, bagaimana kami hendak panggil saksi?" kata Hanipa.
Seorang dari ahli mahkamah, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom bersetuju dengan hujah Hanipa yang membantah pertuduhan pertama hingga kelima.
"Mahkamah bersetuju dengan peguam bela yang pertuduhan ini ada kecacatan.
"Maka dengan ini bagi pertuduhan pertama hingga kelima, mahkamah bersetuju dengan bantahan peguam bela," kata Zainurin.
Bagi tuduhan keenam dan ketujuh, Hanipa berhujah bahawa elemen politik atau hasutan tidak wujud dalam SMS yang didakwa dihantar Zaidi.
"Dengan tuduhan cacat ini, ia memprejudiskan pihak pembela untuk membela dirinya (Zaidi Ahmad)," hujah Hanipa.
Zainurin bagaimanapun menolak hujah tersebut dan menetapkan bahawa pendakwaan perlu membuktikan perkara tersebut semasa perbicaraan.
Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan kemudian menetapkan tarikh 10, 11 dan 12 Jun sebagai tarikh baru untuk mahkamah bersidang semula sementara menunggu pertimbangan dari pihak berkuasa sidang.
Dengan keputusan ini, pendakwaan mungkin akan meminda pertuduhan, menggugurkan atau mengemukakan pertuduhan baru ke atas Zaidi.
Selain Zainurin dan Saadon, empat orang lagi ahli mahkamah yang mendengar kes ini adalah Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Sallehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin.
Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.

sembang kedai kopi :
Kesian, Semakin besar pangkat makin takut dengan umno..
Mereka-mereka ini mungkin akan memberi alasan,, "kami hanya menjalankan perintah yang diarahkan"... selalunya itulah modal jawapannya...
Aku
malas nak komen apa-apa.. cuma nak tanya ? tak rasa malukah dengan
anggota yang lebih muda dan junior pangkatnya,,, tergamak anda nak ambik
tindakan kepada adik anda sendiri demi kepentingan politik umno..
Lihatlah adik anda ini, masih lagi anak kecil,, apakah beliau bersalah diatas membuat laporan polis tentang ketulenan dakwat celup?...
Anda-anda lebih rela menjadi pencacai umno dari nak mnejaga marwah anda dari pandangan umum.... kenapalah anda begitu takut dengan umno yang bakal nak mampos dalam beberapa saat dan ketika sahaja....
Anda berkhidmat dibawah Yang DiPertuan Agung,,, bukan dibawah Hishammudin atau Najib... tak ada sesiapa pun yang boleh ambik tindakan pada anda bertiga kalau anda membuang semua kes tuduhan terhadap Mej Zaidi yang lebih berani dari anda ...
kalau atm tidak dibenarkan berpolitik, buat apa benarkan mereka mengundi? di Indonesia penjawat awam tidak mengundi kerana berkecuali.
ReplyDeleteSETUJU 1,000% .....!!! kita ada 13 orang saudara yang masuk askar ..... semua kata tidak pernah pegang kertas undi semasa dalam askar ..... pegawai yang pegang.....!!!!!!!!
DeletePenjawat Awam khususnya yg berunifom seperti Angkatan Tentera dan Polis tak wajar terlibat dengan politik bermakna tak perlu mengundi.Tapi jika mereka mengundi bermakna mereka sudah terlibat dengan politik dan boleh berpolitik.Jika sudah boleh mengundi bermakna wajar buat pilihan calun yg bertanding bermakna sudah berpolitik.Kalau ini pun pemimpin-pemimpin UMNO tak faham eloklah mansuhkan aje UMNO.
ReplyDeleteAku setuju dengan ulasan diatas sebab aku bekas anggota tentera,selama 21 tahun aku berkhidmat tapi tak pernah dapat untuk mengundi sebab masa tu jeneral-jeneral semua tak perlu untuk dapat jawatan selepas bersara tapi bila mai Mahadey kutty jadi PM semua jeneral dia kontrol ,bila dekat nak pencen jawatan dah ada menunggu,itulah sebabnya semua jeneral la nie tak ada teloq,lihat saja bila buat sidang akhbar cakap pun lintang pukang,aku bukan menyokong parti mana-mana cuma aku dah tak tahan tengok gelagat jeneral dan pegawai atas ATM yang bagitu rakus dengan kuasa ,sepatutnya ATM mesti ikut arshan agong bukannya menteri,jeneral boleh terus jumpa agung kalau apa-apa yang tak puas dihati rakyat bukanya menteri.fikirlah baik-baik sebelum betindak.
DeleteSila berfikir sebelum membuat kenyataan membuta tuli. Disiplin perlu dibentuk dan dipertahankan. kalau Tentera takde disiplin, apa jua arahan semua depa langgar. Cuba masuk tentera tengok.
Delete