Beliau berkata, kemudahan asas seperti pembinaan hospital seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun.
"Banyak tempat dijanjikan untuk bangun hospital tetapi cuma pecah tanah, tidak buat apa dan ditambah dengan Hospital Shah Alam yang tidak selesai lagi. Saya rasa apa yang dicadang di Kajang hanya janji manis pilihan raya yang tidak akan ditepati.
"Kemudahan hospital tidak boleh dijadikan bahan kempen pilihan raya kerana pembinaannya sudah dirancang dalam rancangan Malaysia ke berapa dan bila sepatutnya dibina.
"Ia tidak boleh dijadikan ole-ole atau rasuah untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi itu kaedah yang digunakan BN dan kalau menang juga tidak dikotakan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment