Wednesday, April 16, 2014

PRESIDEN UMporNO : Y.B KAMI MEMANG AKHLAK RENDAH ...

Mayat Karpal Singh Di Hina Begitu Sekali Oleh Ahli Parlimen BN Yang Tiada Akhlak


Tulisan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh
Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.
Gambar jenazah Karpal Singh dan keratan akhbar berkait dengan mendiang disiarkan di akaun Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad
                  Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.

"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. - The Malaysian Insider

 
 
Pesanan dari Ustaz Asri (Dr MAZA)

5 comments:

  1. dia rasa dia tak mati kot...???

    ReplyDelete
  2. sebenarnya hati dia dah lama mati.....................

    ReplyDelete
  3. tak sangka YB Langkawi ni bodoh, rendah akhlak orangnya. aku rasa ijazahnya pun beli kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dia berkelakuan bodoh macam tu, UMNO yang mungkin tak salah dalam kejadian tu jadi bersalah sebab barisan kepimpinan dan penyokongnya bangang, tidak sensitif dengan isu. Jika pemimpin ini bodoh, adakah pengundi-pengundinya berkali ganda lagi bodoh?

      Delete
  4. Wakil-wakil rakyat yang terpilih dalam UMNO memang bodoh pun ,kalau dipilih yang cerdik sudah tentu mereka akan lawan boss, kalau bodoh suruh cakap apa pun kena ikut ,pak angguk la kata kan, lihat saja bab GST (Cukai Khidmat Kerajaan) semua rakyat tau cukai tu memang mencekik rakyat termasuk pecacai UMNO sendiri tapi mereka masih dok kata baik juga, itulah bodohnya ahli UMNO hari ni tak seperti ahli UMNO semasa diawal lima puluhan dulu,ini terjadi gara-gara mahadey kutty.

    ReplyDelete