Tuesday, April 15, 2014

MENTERI MOSTI : KAMI NAK CAKAP PUN TAK TAU DUIT TU PI MANA NTAH ....

Ke mana lesap dana R&D RM1.152 bilion Mosti?

 

PETALING JAYA - Pengarah Strategik PKR hari ini mempersoalkan berhubung perbelanjaan geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bernilai RM1.152 bilion yang dikendalikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Rafizi Ramli yang mendedahkan kononnya berlaku penyelewengan dana awam turut mempersoalkan wujudnya campur tangan didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan memberikan geran pada jumlah yang sangat besar.


"Dalam dua minggu ini, saya akan mendedahkan beberapa penyalahgunaan dana R&D Mosti yang menunjukkan bagaimana dana awam digunakan bagi tujuan selain daripada R&D.

"Salah satu daripada keputusan memberi geran Mosti pada jumlah yang sangat besar dan menimbulkan tanda tanya apabila ia melibatkan campur tangan Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang memberi tumpuan kepada prestasi pengurusan Skim Jaminan Dana Pembiayaan Teknologi Hijau.

Mengulas lanjut, Rafizi menambah, berdasarkan semakan pretasi yang dilakukan beliau ke atas laporan tahunan Mosti mendapati sebanyak RM1.152 bilion dibelanjakan kerajaan untuk geran R&D sejak 2009 hingga 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM900 juta disalurkan kepada Tabung STI (ScienceFund, Technofund, Innofund, Human Capital Development Fund), RM246 juta pula kepada Tabung CRDF (Commercialization of R&D Fund) dan sebanyak RM6 juta kepada Tabung TAF (Technology Acquisition Fund).

Dalam pada itu, Rafizi turut mempersoalkan pemberian geran itu apabila tidak memberikan pulangan yang sewajarnya berbanding perbelanjaan besar itu.

"Semasa meluncurkan Mosti Commercialisation Year 2014, Menteri Mosti, Datuk Dr Ewon Ebin mengakui bahawa hanya 20 hasil kajian R&D yang dikomersialkan setiap tahun.

"Beliau mengakui kadar itu rendah dan menyasarkan supaya ia ditingkatkan tiga kali ganda iaitu 60 hasil kajian yang dikomersialkan setiap tahun," dakwa Rafizi.

No comments:

Post a Comment