KL TODAY
Karpal
mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat
sebagai peguam sebelum mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP
pada tahun 1970.Bekas Pengerusi DAP itu kemudiannya bertanding kerusi
parlimen pada tahun 1978 serta pernah meyandang Naib Pengerusi DAP
dan Timbalan Pengerusi DAP.
Karpal,
74, yang aktif berpolitik selama 36 tahun turut digelar 'harimau
jelutong' kerana kesukarannya untuk ditewaskan dalam pertandingan
kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Dikenali
sebagai seorang yang pandai berhujah, beliau pernah dilantik menjadi
peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kes liwatnya itu.
Karpal berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak.
Salah
seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong
setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
Beliau
menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada
tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada
tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau
juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam
Ops Lalang pada Oktober 1987.
Pada Mac, Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.
Pada
2005, Karpal turut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang
menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.
Sebagai
seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil
tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Karpal
maut dalam satu kemalangan di kilometer 301.6, Lebuh Raya
Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira
jaml 12:40 pagi tadi.
Karpal
yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
bagi menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat
cedera parah.
Turut
terkorban ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, manakala dua
lagi iaitu anaknya Ramkarpal Singh serta pemandu kereta dilaporkan
cedera parah.
Kemalangan
berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal
hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori.
No comments:
Post a Comment