Tun Daim Gasak Najib Lagi
KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan,
Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan
dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.
Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim
Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada
kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu
perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam
penyelarasan ekonomi bersama.
"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.
"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan
kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya
telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi
seharian," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar
perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.
"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.
"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu
dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa
Melayu," katanya lagi
No comments:
Post a Comment