Wednesday, April 9, 2014

PROGRAM SENYUM 1 MALAYSIA ....

Antara Najib dan Lee Hsien Loong : Siapa ketawakan siapa?

 
Lee Hsien Loong ada sebab untuk ketawa besar. 
Najib tidak ada sebab kerana kehilangan MH370. 
Terpaksalah buat-buat ketawa sama….
 Jumaat lalu, PM Singapura, Lee Hsien Loong telah merakam gambar selfie bersama PM Najib Razak.Mereka berdua menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Commonwealth di Sri Lanka.
 Masing-masinga adalah ketua negara Malaysia dan Singapura dan mempunyai sejarah permulaan yang sama. 
 Pada 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965. 
 Singapura tidak mempunyai sumber alam berbanding dengan Malaysia yang merupakan pengekspot getah dan bijih timah terbesar dunia ketika itu.Kini merupakan pengeluar minyak sawit dan petroleum dunia.
 Namun demikian, Singapura adalah lebih maju dari Malaysia.Kalau korang yang seronok sangat dapat BRIM RM600 dulu tu, kalau bawa ke Singapura, inilah jadinya :

 Korang bolehlah berlagak macam jutawan kalau pergi ke Indonesia....Kah! Kah! Kah! Tapi orang Indonesia pun sudah mampu bawa pulang berjuta-juta rupiah setiap minggu...walaupun tidak dapat BRIM!
 Kenapa Singapura boleh jauh lebih maju dari Malaysia? Mungkin jawapan berikut boleh membuatkan korang berfikir sejenak sambil meneliti gambar kat atas tu:
 Seorang nampak bijak dan cerdik , manakala seorang lagi nampak bengap dan hanya nampak duit, duit, duit sahaja!
 Seorang merupakan ahli politik professional pandai menjaga rakyatnya, manakala satu lagi merupakan seorang penyangak professional tidak prihatan hal rakyat.
 Seorang adalah pemimpin sebuah negara yang dihormati dan disegani oleh dunia, manakala seorang lagi ketua sebuah negara yang kini menjadi bahan ketawa satu dunia.
 Korang bolehlah tambah sendiri kat ruang komen ……

No comments:

Post a Comment