Wednesday, April 30, 2014

WARGA UMNO : MP KAMI MEMANG BUTA SEJARAH ....

Tidak Tahukah Nur Jazlan Hudud Sudah Diterima Pakai Oleh Nenek Moyang UMNO?


Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

 
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

 
 ULASAN GB

Ketara sangat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed Rahmat tidak tahu bahawa sejarah telah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M dan Kesultanan Kelantan yang bertapak pada tahun 577H/ 1181M membuktikan bahawa bermulanya era pentadbiran dan undang-undang Islam (hudud) di Rantau Melayu ini.

Menurut kajian para sejarahwan teks pada batu bersurat yang merupakan penanda kedatangan Islam di nusantara ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud)yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.

Ia juga bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.

 
Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.

Menurut Ustadz Saiful Bahri, Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”.

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.

Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British lagi dan Britishlah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini.

Bukankah fakta di atas menjelaskan tentang kejahilan pemimpin UMNO sendiri terutama Nur Jazlan terhadap sejarah?

PENGERUSI SPAN : AIR KAMI PUNYA, SUKA HATI KAMI LAAA .....

Rupanya Dalang Sebenar Catuan Air Di Selangor Terbongkar

Catuan air di Selangor akan ditarik balik mulai esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kassim dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan hari ini.
Kira-kira tujuh juta pengguna air sekitar Lembah Klang bakal menarik nafas lega dengan pengumuman itu apabila bekalan air dijangka pulih seperti biasa esok dikebanyakan kawasan atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan yang bertekanan rendah.
Keputusan itu dibuat kerajaan negeri dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Kumpulan Semesta Berhad serta syarikat konsesi lain.
"Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Syabas untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sedia kala," kata Khalid dalam sidang media di SUK di Shah Alam, hari ini.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar catuan air di Selangor dihentikan berikutan hujan yang berterusan.
Katanya, walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42% takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, ia wajar dihentikan.
Menurutnya, dalam tempoh seminggu dari 23 April 2014 hingga hari ini 29 April 2014, jumlah takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat dari 38.97% (89.63 juta meter padu air) kepada 40.23% (92.53 juta meter padu air).
“Pada masa yang sama, saya menyeru penduduk di Lembah Klang supaya menggunakan air secara berhemah dan mengurangkan penggunaan seperti membasuh kereta yang terlalu kerap, melaporkan paip pecah secepat mungkin dan lain-lain agar penggunaan air dapat dikawal,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ini memberi ruang kepada Kerajaan Selangor dan pihak yang bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan.
Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lalu melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengumumkan keputusan untuk menarik balik catuan ini.
Menurutnya, keputusan bakal diambil secepat mungkin ekoran kenaikan paras air di empangan.
“Kenaikan air di empangan mula meningkat. Saya akan mengadakan perjumpaan sama ada Jumaat ini atau Isnin depan untuk menetapkan tarikh pemberhentian catuan air. Lagi cepat lagi baik,” katanya ketika ditemui pemberita.
Abdul Khalid berkata laporan peningkatan air itu diterima daripada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan akan dipantau dari semasa ke semasa.
“Laporan itu dari Luas. Saya akan memantau dari sehari ke sehari,” katanya. ~tmi


ERTINYA YANG MENGARAHKAN CATUAN DIBUAT IALAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) YANG DI PENGERUSIKAN OLEH ADUN UMNO TAMBUN TULANG, PERLIS MERANGKAP ADIK KEPADA SHAHIDAN KASSIM, DATO' ISMAIL KASSIM. 
BILA RAKYAT MERUNGUT DIA BUAT MATI KUTU .. BILA NAK BATALKAN CATUAN DIA MELOMPAT DULU NAK DAPAT BATUAN POLITIK (POLITICAL MILAGE). 
KINI ITU PEMIMPIN UMNO MAU DILIHAT DIALAH YANG JUARA DALAM ISU CATUAN AIR DITAMATKAN SEDANGKAN HAKIKATNYA OMAK KAU SUDAH PUN BUAT ARTIKEL PEMBATALAN ITU SEMALAM BETAPA YAB TAN SRI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR BERKERAS CATUAN AIR DI HENTIKAN SEGERA WALAUPUN MENDAPAT TENTANGAN HEBAT DARI PIHAK YANG BERKEPENTINGAN. 
KINI RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA PUNYA KERJA MENYEBABKAN AIR DI SELANGOR DI CATU BEGITU LAMA!!!!!!. ~omakkau

Tuesday, April 29, 2014

GST : SOALAN MUDAH RAKYAT UNTUK BN ...



Boleh Ke Kerajaan Jawab Soalan Ini?



Boleh tak macai tolong jawab? Ada perubahan ke tidak?

Jangan putar belitkan fikiran rakyat.

BLOGGER UMNO : MENTERI KAMI PUN KUTIP BERITA TEPI LONGKANG ....

 
Padanlah dengan KJ nih pun, main tangkap muat dari blogger UMNO lepas tu upload masuk dalam twitter. Kotlah nak selidik dulu, ini tidak. Namanya saja Menteri tapi nak buat satu-satu barang bukannya nak berfikir dulu.

Macam tidak kenal blogger UMNO nih macam mana, fitnah lagi banyak daripada yang betul. Selepas diperjelaskan oleh Rafizi barulah KJ menukar balik statusnya, baguslah juga mengaku kesilapan dan memperbetulkan keadaan.



Maka dengan ini terjawaplah sudah fitnah yang disebarkan oleh blog-blog UMNO yang mengatakan Rafizi mengamok di pemilihan cabang PKR Kemaman....

MCA : WEH DAP !!! TAK ACI LA BUAT MACAM NEH ....

MCA perlu nyatakan sikap selepas Umno sokong hudud, kata DAP


MCA digesa supaya menyatakan pendirian tegas mengenai pelaksanaan hudud selepas Umno secara terbuka menyokong hasrat PAS membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok (gambar) berkata, Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu jelaskan pendirian sebenar MCA dan keputusan yang akan diambil ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan pusat tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
"Kebisuan MCA bukan hanya sebab mereka tidak pernah ada keberanian untuk bersemuka dengan Umno malah takut hilang peluang menyertai semula Kabinet," kata Teresa dalam kenyataannya hari ini.


 Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, ramai pemimpin MCA sejak kebelakangan ini memberi respons mengenai usaha PAS melaksanakan hudud dengan menyerang DAP.

Namun katanya, serangan mereka terhadap DAP lebih bersifat tipu dan fitnah kerana kedudukan DAP dalam persoalan hudud sejak dulu amat jelas dan konsisten bahawa hudud melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak sesuai bagi masyarakat majmuk di Malaysia
"DAP parti berprinsip dan berpegang pada kata-kata, tidak seperti MCA yang hanya menjadi parti sesumpah untuk kelangsungan politik," katanya.
Katanya, MCA  mungkin mudah lupa mereka pernah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semasa deklarasi September 2001 bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan rakyat sama sekali tidak akan lupa tentang sejarah MCA sudah “dibeli”.
Berbeza dengan DAP menurut Teresa secara lantang menentang deklarasi Mahathir dan menyatakan pendirian jelas yang DAP tidak menyokong mana-mana konsep pembentukan negara Islam, sama ada ala PAS atau Umno.
"MCA perlu segera hentikan kenyataan tidak berasas terhadap DAP untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegagalan parti itu menyatakan respons terhadap kenyataan Najib," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu lalu memutuskan untuk menyokong pandangan Najib dan menunggu masa untuk mengadakan muzakarah (perbincangan) dengan PAS terlebih dahulu sebelum memutuskan bagi melaksanakan hukum berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilaporkan berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu di Kota Bharu, dipercayai mengadakan perbincangan lanjut mengenai hudud. – 29 April, 2014. TMI

GENG PERKASA : PDRM MASUK GENG DEPA DAH KA ???

Polis benar demo (GST) di jalan dekat Dataran

 
Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja - jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bertemakan warna merah sebagai simbolik perjuangan buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, jalan tersebut akan ditutup bagi tujuan perhimpunan tersebut yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.

Mereka juga bersetuju supaya padang dekat dataran itu tidak dimasuki oleh peserta himpunan dan menjangkakan peserta akan melimpahi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Mereka berkumpulan di empat lokasi yang telah ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

GENG UMNO : PERANGKAP KITA KANTOI PULAK ....

Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan ~ Husam


Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

"Kita hendak tahu cadangan PAS. Kita tidak tahu lagi sebenarnya. Kalau PAS hendak kemukakan pada kita, kita sedia terima," Najib berkata.TMI


Sunday, April 27, 2014

HERO KAMPUNG : WAKTU DIA MAI, LAYAN CIUM KAKI...BILA DIA BALIK, SIBUK MENGATA ...

Zahid bidas Obama setelah beliau balik: Tiada penindasan agama di Malaysia..!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi bercakap kepada hadirin semasa bengkel Respons Keadilan Jenayah untuk Pemerdagangan Manusia (Criminal Justice Responses To Trafficking in Persons) Asean di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 April, 2014. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi bercakap kepada hadirin semasa bengkel Respons Keadilan Jenayah untuk Pemerdagangan Manusia (Criminal Justice Responses To Trafficking in Persons) Asean di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 April, 2014.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.
Menteri Dalam Negeri itu berkata peluang yang adil dan saksama diberikan kepada semua agama dan semua penganut agama sememangnya tidak menghadapi apa-apa kekangan mengamalkan agama di negara ini.
"Kita berikan peluang yang sama‎ kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur.

Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas.
“Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan anda menentang perkara ini dalam kehidupan harian.
“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama adil, Myanmar tidak akan berjaya jika populasi Islam di sana terus ditindas,”  katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam.
Mengulas mengenai cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian hudud yang akan dibentangkan kerajaan negeri Kelantan di Parlimen, Zahid berkata mereka perlu serius dan melihat segala implikasi sebelum melaksanakannnya.
Katanya, pindaan terhadap Perlembagaan perlu dilakukan dan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat diperlukan bagi merealisasikan hasrat itu.
“Bukan mudah untuk melakukan sesuatu hukuman hudud, walaupun kita tidak harus menolak hudud. Harus kita ketahui hudud adalah salah satu elemen dalam banyak perundangan Islam.
“Ia bukan sahaja melibatkan pelaksanaan perundangan oleh pihak polis dan badan lain. Ia tidak semudah selepas ayam berkokok, mereka boleh melaksanakannya,”katanya.
Naib presiden Umno itu berkata selepas 20 tahun, enakmen negeri mengenai hudud diluluskan kerajaan negeri, namun pelbagai kekangan dihadapi sehingga ke hari ini, perundangan Islam itu masih gagal dilaksanakan.
Katanya, pelaksanaan dan dasar hukuman hudud perlu diteliti kerajaan negeri Kelantan sebelum keputusan lanjut dibuat untuk membentangkannya di Parlimen.
“Jelas selepas lebih 20 tahun mereka dengar ayam berkokok setiap pagi, ia masih belum dapat dilaksanakan.
“Kita tidak menolak. Aspek perundangan dan pelaksanaan harus diteliti. Undang-undang itu harus tidak lari daripada undang-undang Islam keseluruhannya dan supaya tidak menjadi rancangan ‘flip flop’ dan disanggah oleh orang lain,” katanya.
Ketika ditanya media, apakah pandangannya secara peribadi mengenai undang-undang hudud, beliau berkata: “Pendirian saya sama dengan pendirian kerajaan. Pendirian kerajaan akan diumumkan Perdana Menteri. Ahli parlimen BN juga akan berpendirian sama dengan kerajaan.

Friday, April 25, 2014

PRESIDEN UMNO : KALAU TERUS BEGINI, KITA BOLEH LINGKUP ...

Keputusan Hakim Yang Berani..Inilah Wajah Wajah Hakim Yang Berani..


INILAH WAJAH PARA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN BERANI SEBULAT SUARA BAHAWA NOTIS 10 HARI WAJIB DIBERIKAN KEPADA PIHAK BERKUASA DIBAWAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PAA) ADALAH TIDAK SAH DAN TERBATAL!!!!


Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan terdiri dari YAA Hakim Dato' Mohd Ariff Yusof, YAA Dato' Mah Weng Kwai dan YAA Hakim Dato' Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara  memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan dendaRM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Inilah wajah-wajah hakim yang berani, tegas dan berintegriti itu .

MENTERI PERTAHANAN : REBAH LA AKU MACAM NIH, NAK JAWAB APA ???


Bekas ketua TLDM kesal Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun yang dirompak

Kegagalan penguatkuasa maritim Malaysia mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu dikesali oleh Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid.

Bekas ketua staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.

"Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tidak kesan?

"Takkan mereka tidak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tidak boleh," kata Imran sebagaimana dilaporkan oleh Keadilandaily, lidah rasmi PKR.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa 5 juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

Lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan 2 juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Menurut Imran, kata Keadilandaily, proses pemindahan diesel dari kapal tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu semua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

"Kita persoalkan di mana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja, pasti kapal tersebut boleh dikesan," kata Imran kepada Keadilandaily.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.

"Ini membuktikan kerajaan tidak mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan pesawat MH370," k
ata Imran. -TMI

Polis Percaya 'Orang Dalam' Terlibat Kes Rompakan Kapal Diesel

PELABUHAN KLANG: Polis tidak menolak kemungkinan kes rompakan diesel berjumlah RM8.2 juta di kapal tangki Naniwa Maru yang didaftarkan di Singapura adalah perbuatan 'orang dalam'.

Rompakan pada pukul 1 pagi itu melibatkan tiga juta liter diesel dan telah dilakukan oleh lapan lelaki dipercayai warga Indonesia, yang bersenjatakan pistol dan parang.

Pada masa kejadian, kapal tangki dengan 18 anak kapal lelaki itu berada kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam.

Timbalan Komandan Operasi/Risik Polis Marin Bukit Aman ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis mengesyaki kes ini mungkin melibatkan orang dalam berdasarkan kepada beberapa petunjuk yang diperolehi semasa siasatan dijalankan.

Beliau berkata, selepas memindahkan diesel ke dua kapal tangki lain dengan cara 'sedutan' suspek melarikan tiga kru kapal yang penting, iaitu kapten, ketua kru kapal dan ketua jurutera.

"Suspek mengambil masa lapan jam untuk membuat pemunggahan diesel dari kapal tangki itu ke kedua-dua kapal tangki yang telah merapati kapal tersebut dan sejumlah tiga juta liter isipadu minyak diesel bernilai RM 8 juta berjaya diisi dan dilarikan," katanya.

Kru kapal yang dilarikan oleh perompak tersebut dikenali sebagai Farizal, Mohamad Alfan dan Ariyandi Alhafsyah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.
-mstar

MOSTI : RAFIZI NIH SAJER NAK KENAKAN KAMI ....


Skandal Geran MOSTI: Timbalan Menteri Cuba Buat Silap Mata, PM & Menteri Wajar Buat Akuan Bersumpah

Saya sedia maklum kenyataan Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr Abu Bakar Mohammad Diah yang menafikan bahawa kementeriannya pernah memberi apa-apa geran kepada syarikat NSE Resources Corporation Sdn Bhd. Gambar fail.

Di dalam sidang medianya yang dipetik Malaysiakini semalam, beliau menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Senarai 4,556 penerima geran dari MOSTI di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan tiada geran yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd

2. Beliau mempersoalkan kesahihan surat-surat dan dokumen yang saya dedahkan setakat ini melibatkan kementerian beliau, Pejabat Perdana Menteri dan NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Saya telah menyemak dengan wartawan Malaysiakini yang melaporkan sidang media terbabit dan beliau mengesahkan bahawa senarai 4,556 penerima geran yang "didedahkan" oleh Timbalan Menteri itu adalah bagi Rancangan Malaysia Ke-9. Malah, jilid-jilid penerima dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 itu ada dipamerkan kepada wartawan (lihat dibawah).


Sekiranya Timbalan Menteri itu lebih berhati-hati, beliau sewajarnya tahu bahawa Rancangan Malaysia Ke-9 adalah bagi tempoh 2006 hingga 2010. Maknanya, senarai 4,556 penerima geran R&D MOSTI yang kononnya didedahkan beliau semalam adalah senarai geran bagi tahun 2006 hingga 2010, sedangkan skandal geran yang saya bongkarkan melibatkan kelulusan MOSTI bertarikh 21 Januari 2014.

Sudah tentulah kelulusan geran RM100 juta yang diberikan kepada NSE Resources Corporation Sdn Bhd ini, yang baru sahaja diluluskan awal tahun ini, tidak tersenarai di dalam senarai penerima geran bagi tempoh 2006 hingga 2010!


Saya tidak pasti sama ada Timbalan Menteri itu benar-benar terlepas pandang mengenai perkara ini atau beliau ingin cepat-cepat menutup perkara ini dengan menampilkan senarai penerima bagi tempoh berlainan untuk mengelirukan rakyat.

Malah, kenyataannya itu juga bertentangan dengan rekod yang disebut oleh NSE Resources Corporation Sdn Bhd sendiri yang mengakui pernah menerima dua geran R&D dari MOSTI sebelum ini. Perkara ini dipaparkan di laman web NSE Resources Corporation Sdn Bhd di url http://www.nserc.com.my/page.aspx?p=14 yang saya pamerkan seperti berikut:


Kenyataan beliau semalam menimbulkan lebih banyak keraguan dan menunjukkan seolah-olah beliau ingin menyembunyikan sesuatu mengenai perkara ini.

Apatah lagi sehingga sekarang, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin sendiri belum menafikan bahawa surat-surat yang dikeluarkan dan ditandatangani/diminitkan itu adalah palsu dan tidak sahih, seperti yang dituduh oleh Timbalan Menteri.

Oleh yang demikian, untuk benar-benar membuktikan bahawa surat-surat yag saya tampilkan sebagai bukti itu adalah palsu, maka saya mencabar:

1. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;

2. Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

Keengganan Dato' Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah bakal menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan sekarang adalah benar dan sahih.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

Thursday, April 24, 2014

UMNO : PAS TOLONG TEGUR SAT, KAMI TAKUUTT...

Alhmdulillah - Ada juga Ahli Parlimen PAS yang berani cabar balik Parti Gerakan.

Apakah umno menggunakan rakan-rakan parti BN untuk menyerang Pas dalam isu pembentangan rang undang-undang hudud negeri Kelantan...


Kalau betul umno ikhlas nak sama-sama nak melaksanakan hudud di bumi Malaysia, sepatutnya rakannya tak berani nak tunjuk kurang ajar....

Pakat baca petikan ni..

Peguam Pas Cabar Parti Gerakan Berdebat Isu Hudud
KENYATAAN MEDIA ISU NOTIS UNDANG UNDANG DARI GERAKAN
Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang Pas mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada Pas berkenaan isu hudud.
Keduanya,Pas yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. Pas mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.
Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh Pas adalah berkisar kepada isu Perlembagaan. Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.
Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh Pas atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada Pas hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.
Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada Pas bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.
Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.
Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah !
Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada Pas, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud secara terbuka sebelum ini.
Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?
Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.
Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?
Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".
Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah Pas bersedia datang bila bila masa.
MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG PAS PUSAT

Ada berani ke parti Gerakan nak sahut cabaran ni,, sure tak berani,, macam mana umno juga ler..

BATALION BN : TAKKAN HANGPA BEGITU GAMAK NAK BUAT KAMI MACAM NI KOT ???

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang akan diadakan pada 25 Mei ekoran kematian penyandangnya dari DAP, Karpal Singh.

Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Karpal yang mewakili kerusi tersebut sejak tahun 2004, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran Kampar pada 17 April lalu.

Ini merupakan pilihan raya kecil keempat selepas pilihan raya umum lalu, yang akan menelan belanja RM 1.9 juta.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,351 pengundi. Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

ULASAN GB

Tarikh PRK Bukit Gelugor sudah pun diumumkan.

Untuk PR menang di sana tidak menjadi masalah sebab di dalam PRU13 y7ang lalu Karpal telah menang dengan majoriti yang amat besar iaitu 42,706 undi.


Fokus PR kali ini tentulah untuk menang dengan lebih besar, jika boleh menghilangkan deposit BN. Ia tidak mustahil kerana di negeri Pulau Pinang inilah sejarah tercatat semasa PRU13 dimana BN hilang deposit di dua kerusi ADUN.


Cita-cita PR untuk hilangkan deposit BN di Kajang tidak kesampaian tetapi tidak mustahil dicapai di Bukit Gelugor!

MENTERI ANGKUT-ANGKUT : BAB NIH, LETIH LA AKU NAK JAWAB ....



Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

"Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar," tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

"Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu," ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

"Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah.

"Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa," jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

"Saya tak tahan dengar dan terus balik," katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. - ASTRO AWANI

MH 370 : NAK BUKTI @ NAK DUIT @ NAK TUTUP KES ?


Mengapa begitu cepat sijil kematian penumpang MH370 mahu dikeluarkan?
Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian, iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.
Pengumuman tersebut, katanya, diambil selepas mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan dan bertujuan supaya waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.
Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang diuji, ternyata tidak berkaitan langsung dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.
Pada masa yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.
Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang diteliti ketika ini.
Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakitan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Hamzah juga berkata misi pencarian di Lautan Hindi masih perlu diteruskan dengan kemungkinan menggunakan lebih banyak aset atau kawasan pencarian diperluaskan lagi.
Jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian?
Apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa?
Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?
Sehingga ini, memang dilaporkan ramai waris mangsa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian itu sehingga mereka benar-benar diberikan bukti bahawa pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia.
Bagi kebanyakan waris, bukti nyata tentang kematian adalah perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum mereka diberikan sijil kematian yang diikuti dengan pemberian sejumlah wang pampasan.
Ramai waris yang menolak tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian tanpa sebarang bukti itu dan menganggapnya sesuatu yang tidak patut dilakukan ketika ini.
Setelah mengeluarkan kenyataan bercanggah, tidak telus dan tidak tepat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, tindakan mahu mengeluarkan sijil kematian hanya setelah misi pencarian gagal menemui sebarang bukti dalam tempoh 47 hari, ia adalah satu lagi bukti kegagalan kerajaan bertindak waras dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perikemanusiaan.
Tidakkah tindakan mengeluarkan sijil kematian ini menunjukkan prosesnya menuju ke arah penutupan kes? Walaupun misi pencarian akan diteruskan, tetapi setelah sijil kematian dikeluarkan, sudah tentulah usaha tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh lagi?
Kenapakah hanya setelah 47 hari misi pencarian, kerajaan seolah-olah sudah berputus asa dan lebih selesa ianya diakhiri dengan kematian?
Bukankah Islam menetapkan pengisytiharan kematian hanya setelah 4 tahun manakala undang- undang negara pula setelah 7 tahun?
Bagaimana jika setelah sijil kematian dikeluarkan, pesawat itu akhirnya dapat ditemui dan semua penumpangnya masih hidup?
Dalam hal ini, kerajaan tidak seharusnya terlalu awal mahu membuat kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia.
Jika kesimpulan pertama yang diumumkan Najib sebelum ini bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi dan kemudian merakamkan usul takziah di Parlimen, ternyata masih gagal dibuktikan kebenarannya serta menyinggung perasaan waris mangsa, kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia melalui pengeluaran sijil kematian ini sekali lagi mengguris perasaan mereka.
Seharusnya, sebagaimana yang kerapkali dijanjikan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat, cebisan mayat dan kotak hitam ditemui, ia benar-benar menjadi ungkapan janji yang ditepati. Janganlah cepat membuat pusingan U atau menuju ke persimpangan lain sebelum tiba ke destinasi yang dijanjikan.
Jika tidak, ia lebih mendedahkan kelemahan kerajaan dan seolah-olah benarlah tanggapan bahawa banyak yang cuba disembunyikan di sebalik kehilangan pesawat itu. – shahbudindotcom.blogspot.com

 Oleh Shahbudin Husin

UMNO KITA : KEBAL @ BEBAL ???



Masih kebalkah UMNO?

Oleh AHMAD FARIS ABDUL HALIM

SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah.

Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".

Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.

Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO.

Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.

Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain.

Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.

Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu ....

PRESIDEN UMNO : INI CINA MEMANG NAK CARI PASAI ...

ISU HUDUD!!! UMNO jelas menolak, hanya produk 'War Room' UMNO


Tidak semena-mena Umno mendakwa mereka menyokong pelaksanaan hudud khususnya di Kelantan jika kerajaan negeri mahu melaksanakan hukum Allah tersebut. Sedangkan sebelum ini berbagai dalih dan alasan yang mereka berikan.



Di saat sesetengah pemimpin bawahan mereka bercakap untuk menyokong hudud, Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang minggu lalu menolak usul berkenaan hudud yang dibawa oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah. Malah 'Mursyid' mereka iaitu Mahathir juga mengulangi 'fatwa' lamanya dengan mengeluarkan kenyataan yang cukup 'mengerikan'.



Pimpinan kerajaan negeri Kelantan sejak dari zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas ingin melaksanakan hukum hudud. Namun kekangannya ialah perlembagaan tertinggi negara kita yang jelas meletakkan apa juga undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan sendirinya.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi Menteri Besar pernah beberapa kali 'memohon restu' untuk mendapat sokongan kerajaan pusat bagi melaksanakan kanun jenayah syariah negeri Kelantan berkaitan hudud, takzir dan qisas yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan di era 90-an.



Namun jawapannya adalah amat negatif. Lebih malang lagi kerajaan pusat pernah memberi amaran kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan draf undang-undang hudud ini di mana jika kerajaan meneruskan hasratnya kerajaan pusat akan bertindak. Begitulah kerasnya amaran yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan. 



Malah bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pernah membawa usul berkenaan hudud ini di Parlimen. Namun ianya ditolak dengan alasan tradisional oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini jelas membuktikan bahawa Umno tidak mahu membantu Kelantan melaksanakan hukum Allah ini.



Kini Menteri Besar Kelantan sekarang, Dato' Ahmad Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri serius untuk melaksanakan draf hudud ini. Antara usaha yang mereka rancang ialah untuk membawa usul ini di Parlimen melalui usul persedirian melalui Ahli Parlimen PAS. 



Namun begitu usul ini bukan semudah itu boleh diluluskan di Parlimen. Ini kerana Perkara 8 dan Jadual Sembilan Perlembagaan  Persekutuan jelas menjadi penghalang kepada usul ini. Perkara 8 berkaitan kebebasan beragama dan Jadual Sembilan perlembagaan negara secara terang menyatakan bahawa kuasa menggubal undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. Untuk meminda perlembagaan ini sokongan dari 148 ahli-ahli Parlimen diperlukan.  Umno tahu bahawa mana mungkin pindaan ini dapat dibuat. Pada masa sekarang PAS kekurangan 39 undi. Umno dengan sejumlah 88 Ahli Parlimen dan PAS dengan  21 Ahli Parlimen, maka PAS hanya mempunyai 109 undi sahaja. Jadi sudah tentu sokongan dari Ahli Parlimen PKR dan DAP.

PM KITA : TUN DAIM SAJA NAK CARI PASAI NGAN AKU !!!

Tun Daim Gasak Najib Lagi

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.
Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama.
"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.
"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.
"Kerajaan sepatutnya mencari cara  serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.
"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya lagi