Sunday, February 5, 2017

Umno Kedah sedia kerjasama dengan PAS, kata MB


Bernama

ALOR SETAR: Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bagaimanapun berkata, kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
“Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan PAS dalam misi berkenaan,” katanya selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon hari ini.
Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah berkata, pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
“Mereka perlu faham peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk ahli Parlimen daripada BN, manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.
“Malah, wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka,” katanya

No comments:

Post a Comment