TENTU anda biasa melihat beratus akaun palsu menulis hashtag #RespectMyPM secara berulang-ulang di halaman facebook Najib Razak. Setiap posting pasti akan ada ratusan akaun palsu mengampu perdana menteri dengan #RespectMyPM.
Sebelum ini akaun-akaun palsu tersebut pernah kantoi mencuri dan menggunakan gambar orang yang telah meninggal dunia. Nampaknya kali ini pengendali akaun-akaun palsu ini sudah berani menggunakan gambar milik orang yang masih hidup pula.
Dalam posting terkini Najib Razak, sebuah akaun palsu menggunakan nama Hakim Baba menjalankan rutin biasanya menulis hashtag #RespectMyPM, namun kali ini ia kantoi apabila gambar yang digunakan adalah milik seorang individu di facebook.
Mohamad Shahril Muhamad Nur yang menyedari gambar kawannya digunakan oleh akaun palsu itu telah memberitahu pemilik gambar sebenar KH Ryu dengan cara menyebut namanya dalam kiriman tersebut.
Pemilik gambar muncul dalam kiriman tersebut lantas memaki akaun palsu itu. Tapi kita semua maklum akaun palsu tu bukan boleh jawab, dia tak peduli pun kena kutuk, atau kena maki. Nama pun akaun palsu.
Kasihan kan? Najib terpaksa guna beratus malah beribu akaun-akaun palsu di facebook untuk mengampu dan memujinya kerana tidak ada lagi manusia yang waras sanggup melakukan perkara bodoh seperti itu.
Oh ya kalau anda nak tolong maki akaun palsu tersebut sila klik link di bawah klik cepat sebelum kena delete.
LINK — Najib Razak
Oh ya kalau anda nak tolong maki akaun palsu tersebut sila klik link di bawah klik cepat sebelum kena delete.
LINK — Najib Razak
No comments:
Post a Comment