DETIK DAILY
Rang Undang-undang Persendirian pindaan Akta 355 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016 telah dibentangkan untuk dibahas di Parlimen. Usul pindaan ini dijangka akan dibahaskan dalam persidangan Parlimen Penggal Kelima pada bulan Mac tahun ini dan akan diundi oleh ahli parlimen untuk diluluskan pindaan tersebut.
Sehubungan itu, sebuah himpunan berskala besar bakal diadakan pada 18 Februari 2017 ini bagi menyatakan sokongan kepada pindaan Akta 355. Solidariti ini diadakan bagi membentuk satu pandangan umum yang menyokong RUU 355 seterusnya memberi isyarat kebersamaan masyarakat dalam usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Justeru itu, kami, pertubuhan-pertubuhan mahasiswa Malaysia secara konsisten menyokong penuh pindaan RUU 355 dan penganjuran Himpunan 355 ini demi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kami yakin dan percaya usaha meletakkan Islam pada tempatnya adalah mercu keadilan sosial.
Di kesempatan ini, kami juga menyatakan kehadiran kami ke Himpunan 355 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini dengan berpakaian ungu. Kami menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam khususnya untuk turut sama menghadiri Himpunan 355 bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Kami juga ingin mengumumkan bahawa sebuah himpunan mini peringkat mahasiswa bakal diadakan pada hari tersebut bermula pada 10 pagi hingga menjelang tengah hari yang akan diisi dengan ucapan dari wakil-wakil mahasiswa.
"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"
Muhammad Syukri Alimar Shidi,
Pengarah "Mahasiswa Turun H355"
Tarikh: 12 Februari 2017
Mewakili:
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS)
2. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia KL (PMI UTMKL)
3. Persatuan Pembangunan Insan Universiti Selangor (PPI UNISEL)
4. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)
5. Kelab Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (ALAM KUIS)
6. Ma'ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIAM)
7. Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
8. Sinergi Mahasiswa Islam Universiti Sains Islam Malaysia (SMI USIM)
9. Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ)
10. Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)
11. Ikatan Siswazah Selangor (IKATAN)
12. Ikatan Siswazah Negeri Sembilan (INSAN)
13. Persatuan Pengajian Islam, Universiti Tenaga Nasional (PPI UNITEN)

No comments:
Post a Comment