Sunday, February 5, 2017

Kawasan PARLIMEN & DUN yang BN kalah tak ada peruntukan dari Kerajaan Pusat


ALOR SETAR : Bukan menjadi tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk menyalurkan bantuan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk pembangunan di kawasan mereka.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu guna inisiatif sendiri mencari dana untuk pembangunan kawasan masing-masing.
Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata, BN tidak akan memberi dana kepada kawasan yang kalah, justeru wakil rakyat perlu mendapatkan peruntukan daripada ketua parti mereka.
"Ahli Parlimen sepatutnya kena buatlah (cari peruntukan) kalau tak rugi pengundi di kawasan itu kerana tak ada apa yang dibangunkan di kawasan pembangkang," katanya pada majlis perjumpaan bersama empat sayap UMNO Bahagian Alor Setar, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung yang mendakwa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan pembangunan ke semua kawasan tanpa mengira parti mana yang menang kerusi.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, beliau berusaha sendiri mencari peruntukan untuk kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bakar Bata ketika Kedah ditadbir PAS selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Namun katanya, usaha itu tidak ada pada Hsiao Leung yang didakwa gagal membawa sebarang kemajuan di Alor Setar sejak menang di kawasan itu pada PRU ke-13.
"Selama menang ini apa dia buat? ...duduk ulang alik saja, sepatutnya dia kena jalankan tugas dengan usaha sendiri, tapi dia tak buat," katanya.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/244487
---------
Apa kata RAKYAT? Bagaimana dengan nasib Rakyat di kawasan MP Pembangkang yang bukan mengundi Pembangkang?

No comments:

Post a Comment