"Seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Kedua-duanya adalah pemimpin senior. Bila? Bila-bila masa sahaja. Perletakan jawatan tersebut telah lama diperkatakan di kalangan orang politik. Menurutnya itu adalah punca kepada kejatuhan DAP sepertimana yang berlaku pada awal 80-an apabila Lim Kit Siang 'mengerat' Lee Lam Thye yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP.
"Saya percaya jumlah akan meningkat. Rakyat sudah mulai membuka mata. Mereka sangat marah dengan sikap pucuk pimpinan terutama selepas kerjasama dengan bekas musuh utama mereka, Dr. Mahathir Mohamad.
"Bayangkan, semasa Mahathir berkuasa, ramai ahli DAP telah dimasukkan ke Kem Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sekarang tiba-tiba kamu mengadakan hubungan kerjasama dengannya? Mereka tidak dapat menerima perkara seperti ini," kata Tunku Aziz lagi.
Menurut Tunku Aziz, perletakan jawatan dalam DAP itu merupakan satu wabak yang akan merebak dan menyebar yang sekaligus menjejaskan pucuk pimpinan DAP yang dikuasai oleh Keluarga Lim. Bahkan masalah tersebut akan mempengaruhi pakatan pembangkang yang diketuai oleh Lim selain menjejaskan persediaan mereka untuk PRU akan datang.
"Secara dalaman, DAP berada dalam keadaan yang sangat lemah. Kepimpinan parti yang dikenali sebagai 'Dinasti Lim' akan jatuh. Perletakan jawatan di Melaka hanyalah permulaan. Ia akan menjangkit dan DAP akan bergegar.
"Itulah sebabnya, kamu tidak boleh selalu menyalahkan orang lain dan perlu mengakui kesilapan yang kamu buat. Orang ramai, ahli, penyokong tidak gembira. Kamu tidak pernah peduli dan tidak pernah mahu mendengar walaupun kamu mendakwa memberikan kebebasan kepada semua pandangan walaupun jelas ia hanyalah retorik semata-mata. Sudah sampai masanya kamu menerima hukuman," kata Tunku Aziz lagi.
Bekas pemimpin DAP dari kalangan Melayu sungguh yakin, perletakan keempat-empat orang wakil rakyat DAP itu akan menumbangkan dan memecah belahkan DAP. Mereka memberikan gambaran seolah-olah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah gagal mengawal parti itu dari dalam walaupun pada masa yang sama, mereka juga tidak menafikan bahawa perletakan jawatan dan keluarnya beberapa orang pemimpin DAP yang diketahui tidak sebulu dengan Dinasti Lim, sekadar mengukuhkan kedudukan Lim dengan pengambilan pemimpin-pemimpin baru yang menyembah mereka.
Soal sama ada beberapa orang pemimpin DAP tidak menyokong kepimpinan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng yang bersikap kukubesi dan menjadikan DAP sebagai parti peribadi mereka, bukanlah perkara baru.
Soal sama ada beberapa orang pemimpin DAP tidak menyokong kepimpinan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng yang bersikap kukubesi dan menjadikan DAP sebagai parti peribadi mereka, bukanlah perkara baru.
Sebelum ini pun, heboh kononnya Dinasti Lim terancam dan bakal pupus. Namun dengan kemunculan pemimpin-pemimpin muda seperti Anthony Loke, Tony Pua, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan sebagainya yang jelas merupakan tonggak utama Lim Guan Eng, sebarang teori kononnya DAP akan hancur disebabkan pemberontakan dalaman, sekaligus membolehkan UMNO dan Barisan Nasional lebih mudah menang pada PRU akan datang, seperti sebuah cerita dongeng.
Seelok-eloknya UMNO mahupun parti-parti komponen Barisan Nasional tidak payah peduli dengan apa yang berlaku di dalam DAP. Apatah lagi, nampak sangat sekarang ini, Lim Guan Eng sedang cuba menggunakan isu perletakan jawatan dan keluar parti itu untuk menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun ia adalah masalah dalaman parti dan dia sendiri!
No comments:
Post a Comment