Tuesday, February 14, 2017

Keputusan SPM 2016 ditunda akibat masaalah wang untuk ganti mesin OMR



KEROSAKAN mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan untuk mengganti mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda analisis keputusan SPM 2016 — mStar

Justeru pengumuman analisis Keputusan SPM 2016 yang sepatutnya dikeluarkan pada 2 Mac ini dilaporkan terpaksa ditunda kepada 16 Mac 2017. 


Ini berdasarkan maklumat dalam satu surat pekeliling bertarikh 12 Januari 2017 yang ditandatangani oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh mendakwa Lembaga Peperiksaan menghadapi kekangan peruntukan kewangan untuk menggantikan mesin tersebut dan ia hanya boleh dibaiki.

Ini mengakibatkan, tugas-tugas berkaitan pemprosesan data tertangguh untuk membaiki mesin berkenaan

Turut dilaporkan, mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan berada dalam keadaan uzur dan rosak. Sekali gus perlu untuk diganti.

Laporan ini secara tidak langsung mengesahkan satu mesej yang menular (viral) di media sosial mendakwa Keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diumum pada 2 Mac telah ditunda kepada tarikh 16 Mac 2017 sebelum ini.

Satu soalan timbul di fikiran aku sejurus membaca tentang laporan ini.

"Mana pergi kutipan wang GST?

Sangat tak logik "kekangan kewangan untuk membaik pulih mesin OMR" dijadikan alasan bagi menunda keputusan SPM.

Semakin banyak kutipan GST, bermakna semakin banyak duit rakyat dikutip masuk kantung kerajaan, tapi semakin banyak alasan tak cukup dana didengari.

BACA JUGA — Jumlah kutipan GST 2016 melebihi sasaran

No comments:

Post a Comment