Tuesday, February 7, 2017

Aduhai UMNO, idea LANGKAWI jadi WP tak masuk akal, tapi PENANG.. pakat setuju pula..!!


Idea Langkawi jadi WP tak masuk akal

 tajul-urus-langkawi
PETALING JAYA: Adun Tanjung Dawai menjadi pemimpin Umno pertama yang menolak cadangan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk menjadikan pulau Langkawi sebagai negeri Wilayah Persekutuan.

Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak masuk akal dan perlu mencari cara lain jika mahu mengambil Langkawi.

“Hasrat menjadikan Langkawi sebagai sebahagian kawasan Wilayah Persekutuan itu cadangan tidak masuk akal. Saya tidak setuju langsung.

“Langkawi ialah jajahan di bawah Kedah. Jika Tengku Adnan mahu ambil sila fikir cara lain,” katanya kepada FMT, hari ini.

Bantahan Tajul itu senada dengan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak bersetuju langsung cadangan Tengku Adnan yang menyuarakan idea itu ketika diwawancara stesen radio BFM minggu lalu.

Selain Langkawi dan Pulau Pinang, Tengku Adnan turut mencadangkan sebahagian Melaka sebagai Wilayah Persekutuan dengan alasan memudahkan urusan kerajaan Persekutuan dalam menumpukan perhatian dan menyalurkan dana.

Tajul berkata cadangan Tengku Adnan itu tidak akan memberi faedah kepada mana-mana pihak serta beberapa sektor seperti ekonomi.

Selepas dikecam teruk, Tengku Adnan berkata cadangannya untuk mengambil alih Pulau Pinang kerana kerajaan negeri itu tidak mengambil berat perihal orang Melayu.

Sejak 1987, Langkawi diberi status sebagai pulau bebas cukai dan sehingga kini ia menjadi antara lokasi beli-belah dan popular dengan keindahan alam semula jadinya.

No comments:

Post a Comment