Sunday, February 5, 2017

Harga minyak naik Februari 2017 dan putar belit menipu rakyat



DUA hari lalu harga minyak bagi bulan Febuari 2017 untuk RON95, dan RON97 naik sebanyak RM0.20 per liter manakala harga diesel meningkat sebanyak RM0.10 per liter sekaligus menjadi harga minyak paling tinggi sejak diapungkan bermula 1 Disember 2014 telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Mana tidaknya, peratus peningkatan harga minyak, RON95, RON97 dan Diesel masing-masing adalah 9.5%, 8.3% dan 4.9% sedangkan harga minyak mentah dunia dilihat mengalami peratus penurunan sebanyak 2.46% sepanjang bulan Januari 2017.

Rujuk jadual di bawah. (Brent Oil Futures Historical Data)


Pada 21 November 2014, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan berkata, 

"Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," — bharian.com.my


Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri sendiri. Bahawa harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut harga pasaran minyak mentah dunia. (Harga RON97 memang dari dulu ikut pasaran harga minyak mentah dunia).

Tapi bila kenaikan harga minyak bulan Febuari 2017 tidak selari dengan harga minyak mentah dunia, dan perkara itu menerima kritikan hebat daripada rakyat, tiba-tiba muncul satu pasukan entah dari mana, menggelarkan diri mereka sebagai Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (pasukan putar belit BN) menukar cara penentuan harga minyak.

Dakwa mereka harga minyak negara ini ditetapkan oleh  harga minyak bertapis pula.


Sekejap kata harga minyak ditetap berdasarkan harga minyak mentah, sekarang kata berdasarkan harga minyak bertapis. 

Kesimpulannya, harga minyak di Malaysia bukan ditetapkan oleh kedua-dua faktor di atas.

Sebaliknya ditetapkan ikut "SUKA".

No comments:

Post a Comment