Sunday, February 5, 2017

Aspek 'Pengawalan Keselamatan' Tapak Bekas Lombong Bauksit Di Abaikan










KUANTAN: Aspek pengawalan keselamatan yang diabaikan dan amalan perlombongan yang tidak beretika oleh pengusaha perlombongan bauksit menyebabkan insiden lemas yang meragut nyawa berlaku petang semalam.

ADUN Berserah, Andansuran Rabu berkata, kejadian seumpama itu sudah berlaku sebelum ini di kawasan Bukit Goh namun tidak menjadi iktibar.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali membangkitkan isu kesan perlombongan bauksit di Sidang Dun namun tindakan yang holistik tidak diambil oleh pihak berwajib.

“Kejadian ini seharusnya menyedarkan banyak pihak bahawa masih terdapat aspek keselamatan yang kurang kemas dan perlu diperbaiki.

“Kita tidak mahu peristiwa sama berulang, kita harap insiden ini adalah yang terakhir berlaku,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Andansura berkata, dia mendesak semua pihak yang terlibat perlu mengadakan satu perbincangan secara telus tentang tindakan yang perlu diambil oleh semua pelombong untuk menjamin keselamatan orang awam.

Jelas beliau, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan akan membantu keluarga mangsa dari sudut perundangan.

Dalam pada itu, Andansura menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengarahkan semua bekas lombong bauksit ditimbus semula.

“Ia sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dulu oleh pengusaha lombong dan bukan tunggu sehingga ada nyawa yang terkorban,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM), Ali Akbar Othman, berkata, isu sama sudah dibangkit kepada pihak berkuasa selepas kejadian pertama berlaku dua tahun lalu.

Katanya, kawasan lombong yang sudah tidak beroperasi perlu ditutup sepenuhnya dan bukannya ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang tanda amaran dan sebagainya.

Pada 31 Oktober 2015, seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi di lombong bauksit di Ladang Makmur Bukit Goh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Nabil Ariff Shaari, 14, dari Taman Impian, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dipercayai lebih daripada lima orang tiba di lombong berkenaan untuk mandi. #sumber

No comments:

Post a Comment