PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoalkan ke mana perginya baki wang hasil penyenaraian Felda Global Venture, FGV berjumlah RM4.3 bilion.
Menurut Shahrir, FELDA menerima sejumlah wang RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang menjadi harta perniagaan FELDA. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan untuk memberi durian runtuh kepada setiap peneroka sebanyak RM15,000.
"FELDA mendapat RM6 billion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes FELDA. Daripada jumlah itu, RM1.7 billion kita belanjakan sebagai durian runtuh. Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga ada bakinya RM4.3 billion lagi," katanya.
"Jadi RM4.3 billion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan FELDA, begitu sanjung peranan FELDA, saya rasa mereka pun kecewa," kata beliau kepada pemberita pada Program Gotong-royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman. — Sinar Harian
Lihat baik-baik, Pengerusi FELDA sendiri tak tahu mana pergi RM4.3 billion, peneroka hanya diberikan RM15,000 dalam kata lainnya peneroka hanya dapat 28.3% daripada jumlah keseluruhan wang hasil penyenaraian FGV.
Duit RM6 billion itu adalah milik peneroka, tapi peneroka hanya dapat RM15,000. Jika kesemua duit itu diberikan kepada peneroka, setiap keluarga peneroka akan dapat durian runtuh sebanyak:
(Durian Runtuh) = RM15,000 x (RM6 billion/RM1.7 billion)
(Durian Runtuh) = RM52,941.18
Teringat kenyataan Rafizi Ramli pada 9 Mei 2012 yang disiarkan di portal Keadilandaily. Peneroka FELDA patut dapat duit sebanyak RM50,000 bukannya RM15,000.
Tapi pada masa itu peneroka tak mahu percaya apa yang dikatakan oleh Rafizi. Mereka kata Rafizi buat fitnah, mereka lebih percaya dengan Najib Razak dan Isa Samad. Siapa lawan Najib digelarkan peneroka haram jadah.
Akhirnya masa telah menentukan kebenaran, RM4.3 billion duit milik peneroka FELDA sudah lesap entah ke mana, Saham FGV juga merudum teruk, sudahlah rugi RM35,000 (RM50,000 - RM15,000) kini peneroka terpaksa berhutang pula untuk membayar saham FGV yang merudum.
Seperti salah seorang sahabat kita, anak peneroka sebelum ini, dia sampai mengamuk di Pejabat FELDA apabila wang khairat kematian ayahnya dipotong sebanyak RM3,200 untuk membayar saham FGV yang melingkup.
Jika para peneroka Felda masih tak mahu buka mata, tak tahulah nak kata apa.
No comments:
Post a Comment