Friday, February 10, 2017

Husam Pertahan Dakwaan, Sedia Ke Mahkamah!





Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.

Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.


"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.

Husam juga berkata, beliau tidak dapat memastikan apakah kenyataan Tuan Ibrahim itu kenyataan pribadi atau pendirian rasmi Pas.

"Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas," katanya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Pas menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai jahat dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat Amanah Kelantan itu.

Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik.

Husam dalam satu majlis ceramah di Kelantan mendakwa Pas menerima dana dari Umno melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Ogos tahun lalu (2016) Sarawak Report mendakwa, Pas menerima dana RM90 juta dari Umno.

Ekoran itu, Pas berkata, pihaknya akan menyaman laman berita ang berpangkalan di London itu.

Pada 13 Disember lalu, PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Surat berkenaan dihantar kepada Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.

"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

Namun sehingga kini tidak ada sebarang saman yang difailkan oleh Pas terhadap Clare. -MD





PAS belum failkan saman terhadap Sarawak Report

PAS belum menyerahkan tuntutan kepada Sarawak Report meskipun tarikh akhir menarik balik artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berlalu.

Editor Clare Rewcastle Brown, dalam emel kepada FMT berkata, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya.

“Tiada,” katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya.

Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember.

Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti.

Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.

Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas.

Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS.

Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya.

Peguam S N Nair berkata litigan yang menghantar notis akan menunjukkan keseriusan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

“Jika tidak, ia sekadar ancaman kosong yang tidak menunjukkan keseriusan kerosakan yang didakwa itu,” katanya.

Katanya, sesetengah peguam, bergantung kepada kerumitan kes dan faktor lain, lazimnya akan memfailkan saman secepat mungkin.

Nair menjelaskan tindakan susulan tidak boleh dilambatkan terlalu lama kerana kejelikan fitnah akan berkurangan dari masa ke semasa.

“Malah mahkamah juga tidak akan mengambil plaintif dengan serius kerana melambatkan saman kecuali alasan yang baik diberikan,” katanya.

Nair menambah ia bukan suatu keperluan undang-undang, cuma berdasarkan logik. -FMTVIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

TITM telah mengancam untuk membawa kes ini ke mahkamah. Bagus. Tetapi seperti di dalam kes saman terhadap Sarawak Report, TITM juga dahulu membuat ancaman yang serupa:


Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS.

Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya. -petikan FMT
Lalu apa yang berlaku?


Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember.

Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti.

Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.

Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas.
Hanya tuntutan supaya SR tarik balik artikel berkenaan dan berakujanji untuk tidak menyiarkan tuduhan yang dikatakn palsu itu.

Itu pun Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya.

“Tiada,” katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah.

Takiyuddin terus mendiamkan diri selepas itu!


Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya.
Lebom besar nampaknya.

Berbalik ke kes Husam Muasa. Husam tidak pun menuduh secara melulu tetapi cukup berhati-hati di dalam ceramahnya dan tidak menyebut nama parti iaitu PAS di dalam isu RM90 juta itu.


"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank,"

Husam mungkin ada sedikit maklumat mengenai RM90 juta itu dan beliau menyatakan "Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank".

Jika itu sahaja kenyataan Husam, bagaimana hendak samannya ke mahkamah sedangkan beliau TIDAK mengungkapkan secara pasti dan jelas wang itu melalui Affin Bank? Beliau menggunakan ungkapan: "ambo teka" dan "Betul ke dok"!

Jika Husam ada maklumat mengenai transaksi di Affin Bank ia mungkin terbongkar nanti jika mahkamah memilih untuk mendengar dan membicarakan kes berkenaan. Lagi teruk nasib PAS.

Namun dari segi meritnya, ia lansung tiada kes.

Bagaimana nak ada kes sedangkan nama PAS pun disebut? Itu pandangan dari seorang peguam yang dapat GB hubungi..

No comments:

Post a Comment