Sunday, May 6, 2018

"Rais Yatim" Dakwa Beliau Belum Terima Maklumat Di Siasat UMNO




KUALA LUMPUR: Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kedudukan beliau dalam UMNO, susulan siasatan ke atasnya berkaitan isu menyokong pembangkang dan menghentam parti.

Malah bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata siasatan terhadap beliau hanya diketahui menerusi media sosial dan akhbar.

"Saya harus berterus terang, saya belum menerima apa-apa surat atau maklumat mengenai hal berkenaan. Cuma saya terima maklumat berkenaan menerusi media sosial dan akhbar tertentu walaupun ia telah diumumkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam (5 Mei).

"Saya berasa pelik kerana proses ini ada surat tunjuk sebab. Jadi saya tiada terima sebarang surat tunjuk sebab dan maklumat yang Setiausaha Agung katakan itu belum lagi sampai kepada saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan buku bertajuk 'History For Nation Building', di sini, hari ini.

Semalam Tengku Adnan mengumumkan bahawa dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuat kuasa Jumaat susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti.

Rais pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.

Sementara itu, Rais berkata beliau akan menerima sebarang keputusan dengan hati yang terbuka jika diputuskan bersalah oleh jawatankuasa dan anggota panel UMNO. #sumber

No comments:

Post a Comment