Sunday, May 6, 2018

SUMPAH MENGUNDI YANG LAGHO



Betul RM300  besar bagi yang tak berduit atau tersepit. Apa lagi kalau diberi sekali dengan kertas sumpah untuk mengundi calon atau parti tertentu.

Ambilllah duit itu kalau dirasakan itu pemberian bukan rasuah. Bagaimana dengan undi dan sumpah yang dilafazkan?

Abaikan saja sumpah itu. Dari sudut hukum, sumpah untuk kerja yang bercanggah dengan agama dikira lagho atau terbatal.

Mengapa dikira lagho? Memenangkan pihak yang berjuang untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam negara adalah wajib. Maka sebaliknya, mengundi pihak yang menentang entiti yang berusaha melaksanakan Islam tadi adalah haram.

Justeru, sumpah untuk pihak yang menentang entiti Islam tadi menjadi sumpah lagho. Adapun sumpah lagho wajib ditolak. Maksudnya, tidak berdosa mengundi parti Islam walaupun telah bersumpah untuk pangkah parti yang  beri RM300 tadi.

Di samping itu, perkara yang mesti pengundi ingat ialah bebanan GST, kos sara hidup yang semakin meningkat dan tanggungan hutang-hutang seperti PTPTN yang membebankan perlu diambilkira. Susah anak-anak kita, diri sendiri dan kaum keluarga. Inilah kesusahan hidup yang secara langsung mengenai diri.

Apalagi kalau diambilkira rasuah, pembaziran duit rakyat kesan pemborosan, jenayah yang semakin menggerunkan, Islam yang semakin tercabar dan pelbagai jenis gejala sosial yang melibatkan anak-anak remaja kita.

Mana mungkin pengundi boleh melupakan itu semua dek pukau penguasa? Celiklah mata dan imbau kembali realiti hidup hari ini.

Konklusinya, undilah dengan penuh insaf dan sedar. Sumpah dan janji lagho tidak laku di sisi Allah. Masuklah ke petak undi dan memangkah dengan tekad dan niat yang suci untuk memenangkan parti Islam.

#UndiPAS
#YaAllahMenangkanPAS
#MalaysiaSejahtera.
#MAMPUCentre

BDA

No comments:

Post a Comment