Dekat 30 tahun dah aku duduk dalam PAS...puiiii pitih aku yg banyaknya habis. RM100 -RM300 masuk tabung masjid PAS tiap2 bulan.
Masa PAS menang Trg dulu...tanah seinci pun tak bagi ke aku.
Masa PAS menang... aku minta peruntukan duit... Dijawabnya ke aku..mu ingat ni UMNO ke?.. pitis PAS hak PAS..pitih Kerajaan hak kerajaan..bukan boleh ambik2 gitu. Tak dapat juga pitih.
Bila PAS ambik senarai orang2 miskin...aku x dapat.
Bila PAS ambik senarai penerima bantuan raya...aku x dapat juga.
Bila PAS bagi bantuan utk org gi haji...nama aku pun tercicir pula, sebab aku calon rayuan.
Jadi macamana aku nak ajar PAS PRU14 ni?
Jawabnya.. aku akan undi PAS jugak.
Sebab aku sayang ketegasan Islam dalam memerintah. Kalu aku nak pitih dan kontrak, dah lama aku duduk dlm UMNO.
Aku akan undi PAS juga, sebab aku sayang tengok keikhlasan YB dalam bertugas. Rumah aku depan rumah YB pas...mu tengok dak macamana dia cuba besarkan rumah sejak jadi ahli parlimen? Dan mu sedar dak projek tu terbengkalai dah 2-3 tahun gitu arr juga berpanas berhujan. Mu sedar dak tiap2 kali ada orang mati, dia selalu datang mengimamkan solat jenazah walaupun dia penat, letih dan masam bau badannya (sori yb ). Dia imamkan solat jenazah ibuku..dan letak duit rm50 dlm kocek aku. (Aku rasa duit dia sendiri tu)..tu lah satu2nya duit PAS yg aku rasa dlm masa 30 tahun jd ahli. Dan Cg Hapendi baca tslkin dan doa di perkuburan ibuku, ustaz Alias pun hadir. Dan mereka semua ini bukan hanya nampak buat2 baik 2 bulan sebelum pilihanraya.
Jadi pilihan dan keputusan aku... undilah PAS. Kalu dak menang dan tinggal aku seorang sahaja pun... kalu mu tengok hanya ada satu sahaja kertas undi dlm bakul PAS...ketahuilah, itu kertas undi aku.
Dan kalu tahun ini PAS menang dengan hanya kelebihan 1 kertas undi sahaja...ketahuilah, itulah undi aku.
Haji ibnu awang
#istiqamah
#Pas_Pilihanku
No comments:
Post a Comment