Saya dulu penyokong kuat BN. Tapi mengundi kali ini saya tak akan undi BN. Bukan sebab GST, bukan sebab harga minyak dan juga bukan sebab keadaan ekonomi rakyat. Sebab utama saya tak lagi percaya pada PM.
Tiga sebab saya tak percaya PM.
1. Dia dapat derma tanpa apa2 balasan?
Bayangkan anak kita balik rumah bawa RM1K dan cakap kawan derma pada dia. Atau business partner kita bawa balik RM1 juta kata ada orang derma. Boleh kah kita percaya derma tu tak perlu dibalas. Saya tak boleh percaya. Sebab itu saya selalu tertanya-tanya adakah kita rakyat yang akan menjadi balasannya.
2. Kenapa dia berbohong?
Bayangkan anak kita atau business partner kita balik dan buka cerita A, kemudian tukar cerita B dan tukar lagi dan lagi dan lagi. Kalau betul duit derma untuk kebajikan kenapa perlu berbohong? Ingat pepatah melayu. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.
3. Kenapa dia buang/singkir orang yang meminta penjelasan?
Bayangkan anak anda halau anda keluar dari rumah sebab anda tanya pasal duit derma tersebut. Atau business partner anda singkirkan anda dari syarikat anda berdua sebab tanya pasal duit derma. Itu yang berlaku sekarang. UMNO ibarat rumah yang dikongsi bersama tapi tak ada siapa boleh tanya pasal duit derma? Bukankah kita mengajar anak kita untuk mencari kebenaran? Untuk mencari kebenaran kita perlu bertanya. Tapi di Malaysia kita tidak boleh bertanya pasal duit derma atau pasal 1MDB? Bayangkan sekarang keadaannya begini, apa jadi kalau BN terus meneraju negara lagi 5 tahun. Bolehkah kita membiarkan seorang dengan kuasa mutlak terus memerintah negara?
Itu alasan saya. Secara etikanya saya rasa derma itu salah walaupun semurni mana tujuannya. Sebab itu saya akan menggunakan hak saya untuk tidak memilih BN kali ini.
❤☮
No comments:
Post a Comment