KOTA KINABALU: Misteri 'kehilangan' Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman masih menjadi tanda tanya.
Musa dipercayai berada di luar negara meskipun diminta pihak berkuasa tampil bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah terhadap Tuan Yang Terutama Negeri, baru-baru ini.
Hasil tinjauan di kediaman peribadinya di Jalan Temasuk, Taman Fook Tin, Luyang, pada hari ini mendapati pintu gerbang rumah terkunci dengan rapi dan hanya kelibat beberapa individu dipercayai pembantu rumah sekali sekala kelihatan di pekarangan dalam kediaman tersebut.
Terdahulu, desas desus kehilangan bekas Ketua Menteri Sabah itu semakin menjadi perhatian apabila beliau dilaporkan tidak berada di negeri ini sejak berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 14 Mei lalu untuk menemui dan menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Usaha mendapatkan sebarang pengesahan berhubung kedudukan terkini beliau setakat ini masih dilakukan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi sebentar tadi tidak memberikan sebarang jawapan mengenai status kedudukan Musa, namun beliau menyeru supaya bekas Ketua Menteri tersebut tampil untuk bantuan siasatan segera.
"Boleh minta (Musa) tampil untuk bantu siasatan segera," katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Dalam kenyataan beliau ketika ditemui media pada Khamis lalu, Ramli berkata, Musa kini berhadapan dengan kes yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan ugutan jenayah namun, tidak ada waran yang dikeluarkan berhubung kes itu setakat ini.
Dalam pada itu, Musa juga dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah.
Menurut sumber, sepasukan anggota SPRM Sabah sudah 'berkunjung' ke kediaman Musa di Luyang untuk menjalankan siasatan namun perkara itu belum dapat disahkan mana-mana pihak setakat ini.
Malah Peguam Musa, Zahir Shah turut tidak menyatakan sebarang kenyataan media setakat ini bagi mengulas keadaan terkini anak guaman beliau lapor AstroAwani
Sebelum ini dilaporkan..
Menurut The Star Online, Musa berkemungkinan telah ke Brunei, dan kemudiannya berlepas ke London.
Musa sedang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dimana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya.
Orang kata..Berani kerana benar, takut kerana salah... jadi faham-fahamlah..
No comments:
Post a Comment