Oleh Syukur Muhamad
Semalam YB Menteri Kewangan keluarkan butiran tentang hutang negara yang sebenarnya dah melebihi RM 1 trillion (RM1 juta juta, atau RM 1,000,000,000,000).
Semalam YB Menteri Kewangan keluarkan butiran tentang hutang negara yang sebenarnya dah melebihi RM 1 trillion (RM1 juta juta, atau RM 1,000,000,000,000).
Termasuk dalam penemuan baru ni ialah makhluk yang bernama 'Committed Government Guarantees' (CGG) sebanyak RM 199.1 billions. CGG ni apa sebenarnya?
Dalam bahasa mudah, ada beberapa syarikat yang pinjam duit. Pinjaman ni dijamin oleh kerajaan, 'Kalau hangpa tak bayar, tak apa, aku boleh settlekan'. Sepatutnya hasil syarikat tu cukup lah untuk bayar pinjaman, tapi syarikat-syarikat ni atas sebab masing-masing tak boleh bayar.
Jadi kerajaan dah masuk fasa, 'Aku kena settlekan' untuk pinjaman-pinjaman ni. Sebab tu nama dia 'committed', kerajaan dah komit dah pun untuk bayar. Ada banyak lagi pinjaman yang dijamin kerajaan, tapi kerajaan tak perlu komit sebab syarikat ni cukup hasil. Bila kerajaan kena bayar, duit tu duit cukai kita lah!
Syarikat apa yang tak cukup hasil ni? Ada 5 yang disebut:
1) Danainfra (RM 42.2 billions)
- PInjam duit untuk buat MRT & Pan Borneo highway.
2) Prasarana (RM 26.6 billions)
- Pinjam duit untuk naiktaraf RapidBus, monorail & LRT.
3) Malaysia Rail-Link (RM 14.5 billions)
- Pinjam duit untuk buat ECRL.
4) Govco holdings (RM 8.8 billions)
- Ini makhluk istimewa, pinjam duit untuk bantu orang yang pinjam duit. Antaranya bantu Proton yang masa tu tengah sesak.
5) 1MDB (RM 38 billions)
- Ini makhluk paling istimewa. Pinjam duit untuk apa pun kita belum tahu sepenuhnya.
Kalau siapa kira betul-betul, 5 syarikat ni tak sampai RM 199.1 billions. Baru RM 130.1 billions. Ada lagi RM 69 billions hutang oleh beberapa syarikat lain yang kita akan tahu nanti.
Maksudnya:
Buat macam-macam pengangkutan awam yang besar, nak bagi ada legasi, nak bagi rakyat sokong, tapi tak bagi tahu rakyat yang hutang-hutang ni tak boleh servis. Tak telus.
Kalau macam pengangkutan awam tu boleh diampunkan lagi sebab keretapi susah nak buat duit, tapi macamana dengan makhluk-makhluk istimewa yang duitnya dimasukkan dalam 'black hole' yang tidak diketahui?
Inilah sebab kenapa kita tak boleh tutup sebelah mata terhadap isu-isu pentadbiran baik (good governance) dan ketelusan ini, membiarkan pemerintah buat sesuka hati dengan alasan 'asalkan saya masih aman' atau pun 'tak apa, yang penting orang kita memerintah'. Tutup sebelah mata terhadap 'orang kita' itulah yang akan memakan diri...
No comments:
Post a Comment