Wednesday, May 16, 2018

KITA JUMPA BN DI PRU KE 18 NANTI...


Info Post
9:40 PM

Aku pernah tulis dalam entry aku bertajuk BN MENANG PRU, PAKATAN TUBUH KERAJAAN beberapa bulan lepas, nah nyata apa yang aku tulis tu, benar-benar berlaku cumanya part BN menang cukup-cukup makan tak jadi kenyataan...

Kenapa tajuk aku "KITA JUMPA BN DI PRU KE 18"?

Rakyat dah bersuara lama dah, sejak dari pru ke13 lagi rakyat dah bersuara mahukan perubahan, rakyat bersuara mahukan perubahan dalam kepimpinan BN dan kerajaan, TETAPI MALANGNYA suara rakyat tu tidak di endahkan oleh BN dan kerajaan. pemimpin BN tetap buat pekak badak, buat deek je kata mat rempit...

Akhirnya semalam tarikh keramat 09052018 rakyat marhein menghukum BARISAN NASIONAL, UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN di semenanjung. nak cakap apa lagi? pasrah je ler...

Kenapa bergitu teruk rakyat menghukum BN seolah-olah BN langsung tiada jasa kepada negara? pada aku la, rakyat melihat BN sebagai satu beban kepada mereka, tak payah cerita pasal GST, 1MDB, 2.6B Altantuya dan lain-lain, tetapi itu lah pandangan rakyat terhadap BN sejak BN menang pru13 lepas.

Mereka melihat kepimpinan BN di peringkat akar umbi terlalu sombong, berlagak dan suka menunjuk-nunjuk, teguran mereka kepada pemimpin BN peringkat akar umbi tidak di endahkan.

Luahan hati rakyat dalam media sosial mengenai kos sara hidup seringkali di perlekehkan dan dijawab secara sinis oleh cytro-cytro pro BN (termasuk aku), ini membuatkan rakyat berasa terlalu sakit hati dan semalam segala sakit hati rakyat itu di lepaskan kepada 2 keping kertas berwarna oren dan kuning.

Aku yakin BN tidak mampu untuk menjadi pembangkang yang hebat dalam dewan rakyat, bedasarkan pengalaman dan pemerhatian aku. Maka, bila BN sudah tidak mampu menjadi pembangkang yang hebat baik di dalam dewan rakyat ataupun dalam dewan undangan negeri, maka suara BN dengan sendirinya akan tengelam dan tidak mustahil dari 79 ahli parlimen BN aku rasa mereka akan "jumpship" ke pakatan, mungkin ini tidak berlaku esok lusa, tetapi ia akan berlaku.

Pengalaman aku mengikuti perbahasan dewan negeri Selangor sudah cukup untuk aku kata, BN tak mampu menjadi pembangkang yang hebat, isu-isu yang dibawa oleh wakil-wakil BN di dewan negeri Selangor tidak cukup umpph... kengkadang aku sendiri tergelak bila melihat ada adun BN bercakap di dawan soal kelapa, (kelapa punya hal pun mau gaduh ka?)

Jadi mampukah BN menjadi pembangkang yang hebat di dewan rakyat nanti? bedasarkan pandangan aku, jawapan aku ya dan tidak, ya BN mampu jadi pembangkang yang baik hanya untuk beberapa kali sidang dewan rakyat sahaja, selepas itu mereka akan menjadi lemau dan tidak bermaya bila mana ada dari kalangan 79 MP BN itu lompat ke Pakatan, selepas itu semua berlaku, maka BN akan menjadi pembangkang yang cukup lemau, lemah dan aku tak tau apa nak kata lagi...

Sanggupkah najib, zahid dan hisham duduk di dalam dewan setiap hari selama 2 minggu mendengar perbahasan? sanggupkah najib berdebat isu ECRL, 2.6B, 1MDB dengan Tun atau Gobin atau Muhyiddin? sekarang ini mereka dilihat gagah kerana tuan speaker menyebelahi BN, bagai mana sebaliknya nanti? sanggupkah noraini ahmad, halimah sadiq, azalina menerima gurauan 18sx dari mat sabu?  

Pandangan aku ini sekadar pandangan aku, BN tidak mampu menjadi pembangkang yang hebat, kita tolak tepi sebarang kemungkinan yang berlaku sekiranya Tun telah tiada di muka bumi ini, itu cerita lain...

Apa pun BN akan menjadi pilihan rakyat dalam tempoh 5 kali lagi pilihanraya, bila mana ketika itu kerajaan pakatan berdepan dengan segala macam masaalah seperti yang di lalui oleh BN sebelum ini, bila mana rakyat marhein merasa terbeban dengan kos sara hidup yang melampau, keborosan kerajaan dan lain-lain, senang cerita apa yang berlaku pada BN hari tu berlaku pula pada Pakatan, maka pada ketika itu, rakyat melihat BN sebagai alternatif untuk menumbangkan kerajaan Pakatan. 

Itu pun kalau Barisan Nasional masih wujud lagi.

http://darulehsantoday.blogspot.my/2018/05/kita-jumpa-bn-di-pru-ke-18-nanti.html

No comments:

Post a Comment