Assalamualaikum
YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia.
Kami warga Polis DiRaja Malaysia mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada YAB Tun kerana berjaya kembali ke tampuk pemerintahan negara Malaysia.
Walaupun kemenangan Pakatan Harapan dan Tun sebagai Perdana Menteri bakal merubah senario negara ini kepada era kegemilangan namun beberapa isu yang melanda pasukan PDRM harus dibawa ke perhatian YAB Tun seperti berikut :-
1. Pegawai atasan kami khususnya KPN, Timbalan KPN, Pengarah dan golongan atas kepimpinan pasukan tidak menepati aku janji dan taat setia kepada Raja dan Negara selama ini. Mereka lebih mencium tangan ahli politik demi kepentingan mereka.
2. Untuk keselesaan duniawi, mereka sanggup bersubahat dan melaksanakan dasar-dasar tidak beretika dalam pasukan ini. Pertama kenaikan pangkat kepada golongan penjilat tegar dan kaki bodek diutamakan. Mewujudkan jawatan-jawatan bagi meluaskan pangkat atasan saja.
3. Pegawai-pegawai rendah diabaikan dari segi kenaikan pangkat, jawatan dan sebagainya. Selain itu, kepimpinan teratas juga mengamalkan korupsi, pilih kasih dan bersikap perkauman yang melampau sehingga proses temuduga kenaikan pangkat dijadikan medan mengumpul kekayaan. Kenaikan pangkat juga menjadi skim pelaburan cepat kaya. YAB Tun sendiri boleh mengetahui kekayaan yang dimiliki oleh sebahagian besar pegawai atasan.
4.Pemilikan harta secara luar biasa seharusnya disiasat dan dikenalpasti petualang yang menjadikan pasukan PDRM sebagai agensi yang tidak berintergiti dan dipandang hina oleh masyarakat.
5. Peruntukan kepada PDRM disonglap oleh pihak tertentu sehingga pasukan ini dilambakkan dengan kereta, motorsikal yang tidak ekonomi digunakan. Kami di peringkat bawahan terus ditekan dengan pelbagai karenah seperti majlis keraian yang diwajibkan kehadiran dan bayaran. Majlis majlis yang dibuat secara besar-besaran sehingga meminta sumbangan dan derma dari penjenayah di luar.
6. Majlis perpisahan diadakan di hotel-hotel mewah dengan bayaran sehingga RM 300.00 dan juga sumbangan hadiah berpuluh ribu ringgit. KPN juga terima hadiah jam tangan berpuluh ribu ringgit dari Ketua Polis. Semuanya hasil kutipan secara paksaan dari pegawai dan anggota di bawah.
7. Tuntutan bagi pakaian, kasut, telefon tidak dijelaskan dengan segera dengan alasan peruntukan di potong oleh YAB Perdana Menteri walhal kutipan Cukai GST setiap hari menjangkau berpuluh juta.
8. Kami juga merasa kesal dengan golongan klepo yang memimpin pasukan PDRM diberi pingat, pangkat dan jawatan walau yang bekerja secara ikhlas terus diketepikan dari arus kerjaya.
9. Wang yang diperuntukkan dibelanjakan dalam memodenkan pejabat, rumah dan kereta pemimpin pasukan. Ini dilakukan dengan kerjasama berbagai helah dan wang NKRA mengadakan majlis majlis sehingga kami di bawah susah.
10. Kami faham YAB Tun amat sibuk dalam mengatur agenda perubahan, namun kami meminta YAB Tun memberi perhatian kepada PDRM sebagai agensi penting dalam menjaga keselamatan negara. Seharusnya kepimpinan atasan terus dipencenkan dan diganti dengan warga Polis yang ikhlas, jujur dan tidak korup.
Perhatian YAB Tun amat dihargai.
Salam Dari Warga Bawahan PDRM
No comments:
Post a Comment