Sunday, May 27, 2018

Diburu Polis dan SPRM, Musa Aman tinggalkan negara



MANTAN Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki oleh pihak polis dan badan pencegah rasuah telah meninggalkan negara lapor The Star.

Musa Aman 
Bekas pembantu-pembantunya dilapor tidak dapat mengesahkan secara pasti di manakah dia berada, sebahagian mereka percaya Musa menuju ke Brunei dan Singapura untuk berlepas ke London.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipetik memaklumkan bahawa badan itu sejak beberapa hari lalu, telah meminta agar nama Musa disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar negara.

"Bagaimanapun kami dapati dia telah keluar negara sebelum kami mengenakan sekatan terhadapnya," dakwa satu sumber yang memberitahu The Star.

Polis Sabah hanya boleh mengatakan bahawa Musa kini tiada dalam negeri itu.

Difahamkan pegawai-pegawai badan anti rasuah telah berkunjung ke dua buah rumah di Kota Kinabalu dan Sandakan milik Musa untuk melakukan carian.

Bagaimanapun kedua-dua rumah berkenaan didapati tidak berpenghuni.

Sumber-sumber turut memaklumkan bahawa pegawai pegawai berkenaan tidak dapat melakukan serbuan disebabkan peguam yang mewakilinya enggan bekerjasama.

"Peguam-peguam telah memberikan kunci rumah, tetapi enggan untuk mengikuti kami melakukan penggeledahan,"

"SOP kami memerlukan pegawai diiringi ketika penggeledahan. Oleh kerana itu kami tidak masuk ke premis-premis tersebut," dakwa sumber itu lagi.

Timbalan pengarah SPRM (Operasi) Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa pegawai-pegawainya telah berkunjung ke kedua-dua premis, "Ya kami telah pergi, tetapi para peguam tidak mahu bekerjasama dan membantu kami,"

Zahir Shah, peguam Musa, enggan memberitahu di mana anak guamnya berada, dan sama ada dia nanti akan memberikan kenyataan kepada pihak polis ataupun tidak.

Beliau mengesahkan bahawa SPRM telah mendapatkan satu waran bagi menggeledah rumah Musa pada hari rabu.

Beliau juga mengesahkan bahawa para penyiasat tidak boleh memasuki rumah walaupun memiliki  waran tanpa kehadiran pemilik atau penghuni.

Zahir turut dilapor menolak laporan yang mengatakan terdapat fail-fail yang diambil oleh SPRM semasa kunjungan badan itu, sambil mengulangi bahawa pegawai-pegawai berkenaan tidak memasuki rumah.

Musa yang juga merupakan ketua Umno Sabah, kali terakhir dilihat dalam sebuah pesawat Malindo menuju ke Kuala Lumpur pada 14 Mei, dan dalam sebuah Mesyuarat Umno yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden parti itu yang menjalankan tugas-tugas Presiden pada 16 Mei.

Difahamkan Musa juga tidak hadir ketika mesyuarat agung parti itu pada 21 Mei.

"Kenapa lari kalau tak bersalah?"


Read more: http://www.milosuam.net/2018/05/diburu-polis-dan-sprm-musa-aman.html#ixzz5GknfRoHr

No comments:

Post a Comment