Sunday, May 6, 2018

PAS kecam tindakan membunuh karektor Mat Sabu



PAS kecam dengan tularan terbaru berkenaan apa yang didakwa sebagai perbualan Whatsapp dan rakaman audio Tuan Haji Mohammad Sabu yang mengandungi unsur-unsur seksual. Tindakan tularan yang dengan niat untuk membunuh karekter dan peribadi seseorang begini adalah seharusnya tidak berlaku sistem demokrasi Malaysia dan semestinya ditolak.

Semua pihak seharusnya fokus dengan amalan politik yang sihat dan matang dan menumpukan kepada usaha untuk menerangkan tawaran dan kualiti parti masing-masing dan apa kesan dan faedah terhadap rakyat dan negara, bukannya dengan amalan menaburkan fitnah dan serangan peribadi yang amat tidak sesuai dengan tamadun Malaysia.

PAS dengan mengutuk tindakan tularan tersebut dan menyeru seluruh rakyat menghentikan penularannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Mei 2018

No comments:

Post a Comment