Sunday, May 27, 2018

Kes Altantuya Dibuka Semula Jika Ada Info Baru - Polis



KUALA LUMPUR, 25 Mei — Kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu, boleh dibuka semula jika ada bukti baru, kata polis.

Ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata buat masa ini polis tidak menerima apa-apa maklumat baru untuk berbuat demikian.

“Buat masa ini tiada sebarang aduan yang diterima polis untuk membuka semula kes itu,” katanya kepada media di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Pada 2006, dua anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dituduh membunuh wanita Mongolia itu di dalam hutan di Puncak Alam, Shah Alam.

Mahkamah Persekutuan menghukum gantung sampai mati Sirul dan Azilah pada 2015 seperti keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009.

Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 sementara menunggu rayuan. Pada waktu itu, Sirul Azhar terbang ke Australia dan ditahan di sana.

Pada 19 Mei lalu, beliau dilapor sedia mendedahkan perkara sebenar kes pembunuhan kontroversi itu dengan syarat diberi pengampunan penuh.

Seminggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pemimpin kanan Pakatan Harapan, menyarankan kes pembunuhan dahsyat ini dibicara semula lapor The Malay Mail

No comments:

Post a Comment