Sunday, May 6, 2018
Pelik org malaysia ni
Ko cakap semua masalah negara berpunca dari rasuah. Tapi yg dah terbukti tak ada rasuah ko tak sokong, ko sokong juga yg dah terbukti ada rasuah. Lepas tu kalau negara bermasalah ko juga yg meroyan.
Pelik org malaysia ni.
Ko cakap, ko tak suka pemimpin yg suka menipu rakyat. Tapi yg dah terbukti menipu, ko sokong. Yg tak menipu ko tak sokong juga. Nanti kalau kena tipu lagi, ko juga yg meroyan. Dulu cakap harga barang tak naik lepas gst, tapi naik juga. Kalau lepas ni naik lagi ko juga yg meroyan.
Pelik org malaysia ni
Ko cakap ko tak suka pemimpin yg zalim. Ko tak suka pemimpin yg kumpul harta untuk keluarga dan kroni, tapi ko sokong juga mereka. Nanti kalau hak ko sebagai rakyat malaysia tak dapat, ko juga yg meroyan.
Pelik org malaysia ni
Ko cakap ko nak anak cucu dan masa depan generasi akan datang jadi org baik dan berakhlak mulia. Tapi ko sokong juga org yg akhlak tah apa apa. Ko benci pulak org yg nak ajak ko berakhlak baik. Esok kalau anak cucu jahanam. Ko juga yg meroyan.
Pelik org malaysia.
Ko cakap ko nak negara maju dan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Tapi yg ko sokong dah terang terang menjahanamkan negara dan tak fikirkan akhirat. Esok kalau ko rasa masa depan dunia dan akhirat ko tak terjamin ko juga yg meroyan.
Pelik la ko ni. Tapi ko rasa org pulak pelik.
Sham.Kapt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment