Kerajaan Singapura telah penjarakan lima atau enam orang yang terlibat dalam kecurian wang 1MDB.
Kerajaan Singapura juga telah batalkan lesen perniagaan dua buah bank antarabangsa yang terlibat dalam kes money laundering 1MDB.
Apakah kerajaan Singapura begitu bodoh menyiasat jenayah atau kecurian wang 1MDB yang tidak wujud atau sebenarnya tidak pernah berlaku ?
The Singapore government is so stupid? Kerajaan Singapura pun salah?
Rupanya hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini. Satu dunia yang lain semuanya salah.
Siapakah orang-orang yang lain yang salah itu ?
1. Tan Sri Ghani Patail, Peguam Negara waktu itu - salah.
2. Dato Hamid Bador, Timbalan Ketua Special Branch, PDRM - salah.
3. MACC director special operations Datuk Bahri Mohamad Zin - salah
4. MACC director strategic communications Datuk Rohaizad Yaakob - salah
5. Seorang Tan Sri ex- (MACC) adviser - salah
6. Seorang officer from Attorney General's Chambers - salah
7. Rahman Dahlan confirm MO1 itu adalah Najib - salah
8. FBI / DOJ menyiasat kes 1MDB - salah
9. 10. FBI / DOJ merampas / sita syarikat Red Granite - salah
11. Riza Aziz anak tiri Najib, sahabat karib Jho Low bayar settlement RM240 juta kepada DOJ - salah.
12. Pendakwaraya Switzerland merampas duit RM430 juta - salah
13. Singapura penjarakan lima atau enam orang yang terlibat kecurian wang 1MDB - salah
14. Singapura batal lesen dua bank antarabangsa terlibat dengan wang curi 1MDB - salah Hanya Najib saja betul. Satu dunia lagi semua adalah salah.
Terbaru, Financial Times (FT) hari ini melaporkan bahawa pihak pendakwa Switzerland telah mengesahkan bahawa mereka sedang mengejar dakwaan jenayah terhadap dua pegawai yang tidak bernama dari bekas rakan usahasama 1MDB, PetroSaudi.
Pengumuman oleh Swiss itu berikut keputusan oleh pendakwa untuk mengambil aduan jenayah yang dibawa oleh bekas pengarah PetroSaudi, Xavier Justo, yang mengatakan dia telah dipenjara secara palsu di Thailand selama 18 bulan, akibat penipuan dan rasuah pada dua petroSaudi pengarah Patrick Mahony (seorang warga negara UK) dan Tarek Obaid (seorang warga Arab Saudi) dan terpaksa membuat pengakuan palsu.
"Siasatan ke atas dua individu yang tidak dinamakan dari PetroSaudi kerana kesalahan yang disyaki termasuk penipuan, penyogokan dan pengubahan wang haram adalah sebahagian daripada siasatan yang lebih luas kepada penyelewengan dana 1MDB, pejabat pendakwa raya mengesahkan kepada FT.
Berita mengenai penyelidikan Swiss ke petugas PetroSaudi adalah pendedahan terbaru yang merosakkan pentadbiran perdana menteri Malaysia dari beberapa siasatan internationl ke atas dakwaan penyelewengan berbilion dolar dari 1MDB.
" Artikel itu seterusnya menjelaskan bahawa kedua-dua lelaki itu disyaki "salah urus jenayah, rasuah pegawai awam asing, pengubahan wang haram, dan salah laku di pejabat awam ... salah satu pasangan itu juga disyaki memalsukan dokumen". ~ sumber
Harapan besar Najib adalah orang Melayu kurang faham apa pun berkenaan undang-undang, perbankan dan pecah amanah.
Harapan besar Najib adalah orang Melayu tidak membaca apa pun melainkan akhbar tempatan yang dikawal kerajaan.
Harapan besar Najib adalah orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantungan lain kecuali bantuan kerajaan, sabsidi kerajaan, BR1M, bayaran gaji dan bonus oleh Kerajaan.
Paling besar harapan Najib, orang Melayu tidak ada akai kecuali menumpang akai Najib!!
No comments:
Post a Comment