(Oleh: Lyn Nasir)
PUCHONG
22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal
kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk
membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
"Sekarang
ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan
dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi
laluan?"
"Kerana
kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni," katanya dalam sidang
media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi
dan Upaya Masyarakat, Puchong.
Vincent
Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah
Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan
itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.
Dalam
satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak
berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut
Malah
Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino
di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya
Corporation.
Namun
kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang
menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular
bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di
parlimen.
"Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.
"Kata
negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut
walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.
"Jadi
ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri," ujarnya.
No comments:
Post a Comment