Thursday, June 5, 2014

BALASAN CASH UNTUMU UMNO ...


Allah bayar cash, itulah takbur. Hari tu sembang dengan lagaknya nak jual air kepada Selangor macam tak faham ini semua kerja Allah nak bagi kemarau atau nak bagi hujan.

Bercakap seolah-olah Selangor gagal total dalam pengurusan air Selangor, padahal waktu itu kebanyakan negeri mengalami kemarau yang panjang.

Sekarang bila dah kena negeri sendiri baru nak kata sebab ketiadaan hujan dikawasan tadahan.



Seremban - Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan selama 45 hari sebelum mencapai paras minimum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan ketiadaan hujan di kawasan tadahan air, manakala dua anak sungai yang membekalkan air di empangan sudah kering.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air di kawasan terbabit kerana keadaan masih lagi terkawal.

“Namun, saya berharap pengguna sentiasa menggunakan bekalan itu dengan berhemah. Sekiranya tiada hujan dalam tempoh 14 hari lagi dan paras empangan terus menyusut, kita akan tetap memastikan pengguna mendapat bekalan air secara berterusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini, semalam.

Kelmarin, paras air Empangan Gemencheh turun kepada 98.01 meter, menghampiri paras kritikal 98 meter dan paras minimum 86 meter.

Empangan itu membekalkan 28.4 juta liter air sehari kepada 15,000 pemegang akaun di Rembau dan Tampin.

Sementara itu, Mohamad berkata, satu pelan kontigensi akan dilakukan bagi memastikan tiada masalah bekalan air di kawasan itu.

“Saya akan meminta kerjasama kerajaan pusat untuk menangani masalah tersebut. Pelan itu termasuk bagi membina pam air sepanjang 7.5 kilometer dari Sungai Jelai ke empangan berkenaan dengan kos sebanyak RM15 juta.

“Selain itu, permohonan bagi membina Loji Rawatan Air  (LRA) baru bersebelahan LRA Sawah Raja yang akan menjadi punca bekalan air di Rembau.

“Ia mampu membekalkan sebanyak 30 hingga 37 juta liter air sehari.  Bagaimanapun, pelaksanaan pelan ini akan mengambil masa agak lama iaitu sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/

No comments:

Post a Comment