Thursday, June 5, 2014

SAMPAI LAGU TU SEKALI ...

Tanah Perkuboran pun umno nak kawal guna!

Inilah dasar umno, seolah-olah apa yang ada dimuka bumi di Malaysia ni semua hak umno yang empunya, sehingga ke tanah kubor..


Tolak pengebumian: 'Tanah kubur sempit'


Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali


KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit.

“Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim.

“Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya.

Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin.

“Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya.

Hubungannya dengan keluarga arwah cukup baik dan dia sendiri tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi dan dipolitikkan.

Sebelum ini, Sinar Harian mendapati sebuah laman sosial mendakwa JKKK dan pengurusan masjid tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid.

Masalah itu menyebabkan keluarga jenazah kemudiannya terpaksa mengebumikan arwah di kampung berhampiran.

Bagilah apa-apa saja pelbagai alsan pun,, ingat .. kita semua akan mati dan akan bertemu Allah S.W.T.. sedialah jawapan dengan keimanan yang kita ada,, kat sana tak ada karpal Singh yang akan tolong membela sebagai lawyer...

No comments:

Post a Comment