Penyokong Tegar BN Pasti Gembira Dengan Hadiah Istimewa Dari Najib Ni..
"Kad elaun subsidi minyak yang bakal diberikan kepada pengguna mengandungi maklumat seperti nama penerima, alamat dan kuota bulanan minyak.
Bagaimanapun menurut akhbar itu, sekiranya penggunaan elaun subsidi melebihi kuota ditetapkan, pengguna perlu membeli sendiri minyak mengikut harga pasaran.
Sumber itu juga mendedahkan pengguna kenderaan berpendapatan RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 turut layak menerima pemberian subsidi tersebut, bagaimanapun dihadkan hanya sebanyak 300 liter.
Di bawah skim ini bagaimanapun tidak boleh diguna pakai kepada mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 dan warga asing.Menurut Sin Chew Daily, pelaksanaan sistem baru itu belum diputuskan secara rasmi kerana KPDNK masih mempertimbangkan keadah lain daripada pihak berkaitan.
Pada 29 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan memutuskan mengkaji semula pemberian subsidi minyak bagi memastikan tiada kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan.
Katanya, tahun lepas kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.48 bilion bagi pemberian subsidi petrol dan diesel manakala tahun ini pula sebanyak RM22.3 bilion.
Menurut Sin Chew Daily, pemberian subsidi berbentuk kad itu diputuskan bagi membolehkan kerajaan mengkaji nilai penggunaan minyak yang betul oleh pengguna.
Kerajaan juga dikatakan bercadang memperbaiki sistem MyKad bagi pertambahan maklumat penerima subsidi di dalam kad tersebut.
No comments:
Post a Comment