Usul Hudud UMNO: MCA ‘buat lawak’ salahkan DAP
“Melucukan melihat bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan berlumba-lumba menyalahkan Pakatan dan Hannah Yeoh kerana meluluskan usul Barisan Nasional untuk mengkaji pelaksanaan Hudud di Selangor.
“Bagaimana kita hendak memahami perkara ini – Barisan Nasional menyalahkan Hannah kerana meluluskan usul daripada Barisan Nasional sendiri?” katanya dalam satu kenyataan.
Malaysiakini melaporkan Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Donald Lim Siang Chai meletakkan kesalahan kepada DAP berhubung usul itu.
Menurut laporan itu, Lim menyifatkan usul hudud yang dikemukakan oleh Adun Umno “ membazirkan masa dan wang rakyat” dan mengingatkan Hannah bahawa ada usul yang lebih penting untuk dibahaskan.
Lim juga melihat tiada keperluan untuk membentangkan usul itu, kerana ia pasti tidak akan diluluskan ekoran bilangan kerusi DUN BN yang sedikit berbanding Pakatan.
Menyifatkan hujah-hujah Lim sebagai dangkal, Tony mengingatkan Lim tentang hak setiap wakil rakyat untuk menyatakan apa sahaja pandangan ketika sidang DUN.
“Apakah bagi beliau memandangkan BN adalah pembangkang, semua usul yang dicadangkan mereka patut ditolak serta-merta, tanpa diberi peluang untuk didebatkan?
“Beliau tidak harus lupa bahawa dalam demokrasi yang sebenar, setiap wakil rakyat yang dipilih berhak untuk bersuara. Bukan tugas Speaker untuk menentukan suatu usul itu layak didebatkan atau tidak, kecualilah jika ia hal yang memang remeh-temeh,” katanya lagi.
Menurut laporan itu lagi, Lim mendesak DAP untuk bertanggungjawab ke atas isu itu, memandangkan rakyat “mengharapkan mereka untuk menyelesaikannya.”
“Saya tidak tahu sama ada hendak merasa terkejut atau bangga apabila Lim mengakui bahawa rakyat mengharapkan DAP. Adakah beliau akhirnya mengaku bahawa MCA hanyalah pasu bunga hiasan dalam BN, tiada suara dan pengaruh ke atas dasar mereka?”
“Apakah Lim sekarang mengaku bahawa mereka gagal meyakinkan sekutu mereka, Umno, untuk menarik balik usul itu daripada dibahaskan dalam dewan undangan negeri?” soal Tony.
Jika benar keadaannya begitu, beliau menasihatkan MCA untuk tidak gusar kerana DAP akan memainkan peranannya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak usul itu nanti.
“Tidak seperti MCA dan Gerakan yang tunduk kepada Umno, parti-parti Pakatan Rakyat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, dan kami percaya pada kesepakatan dan semangat saling menghormati,” bidas Tony.
No comments:
Post a Comment