Sunday, June 1, 2014

SUA UMNO : WEH PERKASA! KAU APEHAL ???

BN menang di Teluk Intan hanya kerana 'nasib baik' kata Perkasa


Perkasa mengatakan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanyalah bernasib baik kerana peratusan keluar mengundi yang rendah. 

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali turut berkata, calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seharusnya lebih banyak "memaki hamun" Perkasa untuk menang di kerusi tersebut.

"Kemenangan BN lebih bernasib baik kerana masyarakat Teluk Intan belum boleh terima calon muda yang jelas masih mentah dalam politik dan belum cukup matang untuk perjuangkan nasib rakyat.

"Apa pun, jika jumlah keluar mengundi lebih tinggi, pasti DAP menang. Jelas penyokong DAP terlalu yakin akan menang jadi ramai berfikiran begitu, akhirnya mereka tidak keluar mengundi," kata Syed Hasan.

Beliau turut berkata, Dyana Sofya dan ibunya, Yammy Samat seharusnya membuktikan mereka berada sangat jauh daripada Perkasa dengan membakar bendera pertubuhan tersebut untuk memenangi sebarang pilihan raya sekiranya kembali dicalonkan.

"Dyana Sofya masih boleh ke hadapan dan berjaya atas tiket DAP masa hadapan. Dia perlu lebih kuat maki hamun Perkasa. Kena lebih kuat pertikai hak Melayu dan kena sebut semua rakyat negara ini kena terima kesamarataan dengan lebih tegas, perlu bersuara tegas peruntukan pembangunan Islam dengan agama-agama lain mesti sama banyak, tidak boleh hanya tumpu Islam sahaja.

"Dyana Sofya terlupa perjuangkan golongan LGBT masa kempen tempoh hari. Lain kali kalau ada peluang bertanding lagi dia perlu mengajak pejuang-pejuang LGBT bersama dalam kempen. Jika semua di atas dilakukan, Dyana Sofya boleh lebih tegas pasti akan menang dengan mudah, bukan Islam dan bukan Melayu akan sokong 100%," kata Syed Hasan merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

PRK Teluk Intan hujung minggu lalu menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 66.5% keluar mengundi daripada 60,438 pengundi berdaftar apabila tamat tempoh mengundi. Ketika pengundian awal pada 27 Mei, 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Mah berjaya memperoleh 20,157 undi menewaskan Dyana Sofya yang hanya meraih 19,919 undi. Kemenangan Mah menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan satu kerusi Parlimen, menjadikan BN memiliki 134 kerusi Parlimen dengan PR memiliki 88 kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dimenangi calon DAP, Seah Leong Peng.

Kerusi itu bagaimanapun kembali kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser. Mah, 53, yang juga anak jati Teluk Intan pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004, namun tewas pada 2008.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sebelum ini berkata, BN bersedia melantik Mah menganggotai Kabinet sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke China, Khamis lalu.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan untuk menganggotai Kabinet.

Syed Hasan juga berkata, Perkasa ingin memberikan peringatan kepada Mah yang menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi di Teluk Intan untuk tidak meminggirkan komuniti Melayu dan India yang turut membantu kemenangan beliau.

"Gerakan masih terus bergantung kepada undi Melayu dan kaum India, maka apabila menjadi menteri nanti jangan lupa ada orang Melayu dan kaum India di Teluk Intan," katanya lapor The Malaysian Insider 

No comments:

Post a Comment