Friday, June 13, 2014

UMNO/BN : ALAMAK, TAK JALAN LAGI JARUM AKU ...

DAP tidak pernah salahkan PAS berikutan kekalahan PRK Teluk Intan - Lim

 


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan media mengenai Gobind Singh Deo baru-baru ini yang dikatakan menyalahkan PAS berhubung kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah tidak benar.

Menurut Lim, kenyataan Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong itu telah disalah tafsir dan isu hudud bukanlah punca utama DAP gagal mempertahankan kerusi berkenaan.

“Apa yang ditulis dalam akhbar bahawa DAP ada menyalahkan pemimpin PAS atas kekalahan kami di Teluk Intan itu tidak benar. Sebenarnya Gobind mengucapkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan usaha mereka dalam PRK Teluk Intan.

“Gobind tidak mengatakan hudud merupakan isu utama dalam PRK. Namun, tidak dinafikan isu hudud akan menjadi lebih besar pada masa akan datang tetapi itu bukan punca utama kekalahan kami di Teluk Intan,” kata Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Yayasan Pemikiran Tok Guru pada Khamis.

Dalam pertemuan ringkas beliau bersama calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud menjelaskan kepada Nik Aziz berhubung kenyataan Gobind itu.

Menurut beliau, Nik Aziz menyambut baik dan memahami situasi sebenar yang berlaku.

Lim menjelaskan pendirian DAP masih tidak berubah berhubung isu hudud iaitu tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu, Dyana menjelaskan, sebagai orang Islam beliau tidak menolak hukum Allah itu namun sebagai ahli parti, beliau perlu menyokong pendirian parti dalam isu ini.

“Seperti yang saya katakan saya tidak pernah menolak hudud. Sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud. Tetapi saya sama dengan parti DAP,” kata Sofea.

No comments:

Post a Comment