BN cipta jawatan baru kabinet, ‘Menteri Tanpa Tugas’
KUALA LUMPUR, : Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan rombakan kabinet semalam hanya menambah bilangan ‘Menteri Tanpa Tugas’, terutama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini memiliki sepuluh Menteri.
Malaysia kini memiliki Menteri di JPM paling banyak dalam sejarah, bertambah dari lapan kepada sepuluh dengan pelantikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
“Wee dan Mah akan mendapat pejabat, kereta, pegawai dan kelebihan lain namun mereka tidak ada portfolio untuk dijaga.
“Mungkin kerajaan boleh pelopori jawatan kabinet baru iaitu Menteri Tanpa Tugas,” kata Kit Siang sinis.
Tambahnya, pelantikan Wee dan Mah ke dalam ‘gerombolan’ Menteri di JPM hanya menambah kekeliruan berhubung tugas dan fungsi masing-masing.
Malah sehingga kini, selepas Pilihanraya Umum ke-13, masih banyak kekeliruan berhubung tugas sebenar lapan menteri sedia ada di JPM.
“Najib sendiri masih tidak tahu apa tugas yang akan diberikan kepada mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam menyaksikan kembalinya MCA dan Gerakan ke dalam Kabinet selepas menolak menyertainya ekoran kekalahan teruk dua parti itu dalam PRU lalu.
Turut dilantik antaranya ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) serta dua Naib Presiden MCA Datuk CHew Mei Fun (Timbalan Menteri Wanita) dan Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan).
Kerajaan kini memiliki sebanyak 35 menteri dan 27 timbalan menteri, jauh lebih banyak berbanding negara yang jauh lebih besar seperti Australia (19 menteri) dan India (24 menteri).
“Jika Najib serius dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), beliau perlu melaksanakan dasar ‘kerajaan minimum, tadbir urus maksimum’ dengan mengecilkan saiz kabinet kepada 20 menteri sahaja.
“Mengapa Malaysia perlu terus menjadi salah satu negara yang memiliki Kabinet terbesar di dunia?” soalnya lagi.

No comments:
Post a Comment