Wednesday, June 11, 2014

MENTERI TNB : KAMI NAK UNTUNG LAGI BESAR ...

TNB untung RM4.58 bilion tetapi masih tidak cukup, kata menteri..!!! Berapa banyak nak untung..??

Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Putrajaya mengakui keuntungan bersih 2013 yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM4.58 bilion masih tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata  jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.
"Tidak dinafikan TNB memperoleh keuntungan bersih pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2013 sebanyak RM4.58 bilion, namun jumlah itu masih belum mencukupi menampung kos pelaburan membiayai projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 bilion," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau brekata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mengenai justifikasi kerajaan terhadap kenaikan tarif elektrik pada Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.

Maximus berkata, berdasarkan mekanisme pelepasan kos bahan api dan penjanaan, kos sebenar untuk membekal elektrik akan disemak semula setiap enam bulan selaras dengan semakan harga bahan api iaitu gas (LNG) kepada sektor elektrik.
"Sekiranya berlaku sebarang perubahan harga bahan api, kos ini akan dilepaskan kepada pengguna.
"Bagi mengurangkan kesan kenaikan tarif kepada pengguna, kementerian sedang mengkaji cadangan menggunakan penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga bagi penjana tenaga bebas iaitu IPP yang melibatkan RM1.57 billion bagi tempoh kutipan Mac 2013 hingga Jun 2017 bagi menampung kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment