Wednesday, June 11, 2014

KERAJAAN UMNO/BN : KAMI TAK MAMPU BUAT MACAM NEH ...

" Ini Baru Kerajaan Negeri Yang Baik. Hasil Dikembalikan Kepada Rakyat. Bukan Hanya Berjanji Tapi Tidak Ditepati "

Bukan macam BN, berjanji hanya bila PRU atau PRK. Aku nak tunggu tengok berapa lama Teluk Intan boleh dapat jaringan 4G.

Selangor diam-diam sebelum ini tiba-tiba dah nak laksana sekiranya diluluskan oleh Adun. Kalau setakat janji macam BN tapi nak laksananya entah bila baik tak payah berjanjilah. Beruntung rakyat Selangor, macam-macam kelebihan dorang dapat.

Air percuma, bas percuma, belanja anak masuk university, bantuan untuk orang tua-tua dan macam macam lagilah.

SHAH ALAM 11 JUN: Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu sistem telekomunikasi yang menyeluruh bagi kegunaan penduduk Selangor tidak lama lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membentangkan rancangan itu kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam tempoh terdekat. Katanya, ketika ini, pihaknya kini dalam pengubahsuaian kertas kerja rancangan itu.
“Kita akan jemput mereka ini dan pihak yang terbabit sedikit masa lagi untuk mendengar taklimat rancangan dari pihak Kerajaan Negeri.
“Kertas kerja sudah siap tetapi kita ambil masa sedikit untuk selesaikan perlaksanaannya sebelum sistem itu dilakukan,” katanya dalam rumusan Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.
Teknologi terkini terbabit ialah Optical Distribution Antenna System (ODAS) iaitu telekomunikasi 4G yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor.
Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri selaku pembuat undang-undang perlu membuat satu dasar tertentu.
Katanya, polisi ini akan memberi kemudahan Wifi percuma kepada rakyat seterusnya menjana pendapatan kepada kerajaan melalui sewaan binaan telekomunikasi.
“Sekiranya ia dilaksanakan, ia akan memberi perkhidmatan Wifi percuma kepada rakyat Selangor termasuk Kamera Litar Tertutup (CCTV),” katanya.
Dalam rumusan lanjut oleh Exco Sains dan Teknologi, Dr Daroyah Alwi itu, menjangkakan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, Kerajaan Negeri akan memperolehi pendapatan sekitar berbilion ringgit.
Pihak Berkuasa Tempatan dan masjid juga akan memperolehi pendapatan daripada penyewaan binaan berkenaan.
“Peralihan struktur daripada bumbung kepada tiang lampu akan menukar landskap jaringan Wifi di negeri ini.
“Kerajaan Negeri sebagai tuan punya tanah perlu mengambil peluang menjana pendapatan melalui penyewaan binaan telekomunikasi yang kita cadangkan ini daripada syarikat Telco,” kata Daroyah.

No comments:

Post a Comment