PUTERI UMNO PULAK NAK JADI MENTERI.... @emysamsudin @ZahidaZarik
Isu mengenai rombakan Kabinet pada akhir minggu ini masih heboh diperkatakan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak spekulasi tersebut.
Menjelang Jumaat ini, macam-macam khabar angin tercetus termasuklah dakwaan kononnya Pergerakan Puteri UMNO melobi jawatan Timbalan Menteri untuk ketuanya, Mas Ermieyanti Shamsudin.
Lobi melobi itu didakwa berlaku semasa exco-exco Puteri membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri baru-baru ini, sebelum beliau berlepas ke China.
Dalam pertemuan singkat itu, ada exco membuka mulut meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan jawatan Timbalan Menteri untuk Mas Ermieyanti.
Cadangan Puteri itu didakwa mengejutkan pihak-pihak tertentu yang berada dalam pertemuan berkenaan kerana ia tidak pernah berlaku walaupun bekas-bekas Ketua Puteri sebelum ini dilantik memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
Datuk Seri Azalina Othman Said yang menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO pernah menerajui Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan.
Datuk Noraini Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Datuk Rosnah Abd. Rashid Sirlin dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
MKP minta Mas Ermieyati menjawab segala yang dipersoalkan adakah apa yang diperkatakan ini betul atau sebaliknya. Jika tak mampu menjawab NKP Zahida Zarik boleh menjawab bagi pihak Ketuanya.
No comments:
Post a Comment