Thursday, June 26, 2014

BESARNYA KABINET DIA? BERAPA NAK BAYAR TUH ???

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota.

"Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Berikut tulisan penuh beliau.

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis "the biter" Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah "berjaya" mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita ialah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

No comments:

Post a Comment