Wednesday, June 11, 2014

NGO UMNO: KAMI TAK TERIMA ARAHAN DARI BN PUN ....

Apa yang berlaku kepada orang Melayu di Kg Chubadak dan di mana-mana adalah pilihan mereka sendiri...

Isu seumpama ini bukan isu baru yang melanda umat Melayu dalam negara yang parti utama kepada kerajaan memerintah hari ini berslogankan dan selalu bertempik di sana-sini, "Hidup Melayu". Dalam tempikan "Hidup Melayu" itulah satu demi satu warisan dan hak orang Melayu kian dikikis dan dirobohkan atas pelbagai alasan yang perut boroi masing-masing yang amat arif.

Inilah nasib orang Melayu yang orang Melayu itu pilih sendiri. Apabila dilarang agar jangan mudah mudah ditipu oleh slogan pejuang-pejuang palsu 'Hidup Melayu', orang Melayu yang sering kena tipu itu sendiri yang bangkit  mengatakan mereka tidak pernah ditipu dan tindas sedikit pun. 
Mereka bagaikan redha dengan apa yang berlaku sama ada ke atas diri mereka sendiri atau pun ke atas saudara sebangsa mereka sendiri walau  rumah dan kampung mereka diranap dan diroboh, asalkan mereka dan pemimpin parti itu boleh sama-sama terus meraung lagi kalimah keramat "Hidup Melayu" demi menjamin terus-terusan keboroian perut para pencentus slogan "Hidup Melayu" itu.

Sebab  itu kita tidak pelik dengan nasib yang berlaku kepada bangsa Melayu di Kg Chubadak kerana para pemimpin dan pejuang slogan "Hidup Melayu' memang sejak dari duhulu lagi pekak badak kepada rintihan dan nasib bangsa Melayu di Tanah Air sendiri. Nasiblah engkau bangsa Melayu kerana, itulah pilihan yang kamu mahu dalam banyak pilihan yang kamu ada!

Dari Harakahdaily:


Kg Chubadak: Mana NGO Melayu- Mazlan
HARAKAHDAILY |11 Jun 2014.
KUALA LUMPUR: “Mana suara-suara NGO yang kononnya jaga Melayu dan Islam,” tanya Mazlan seperti yang ditulis dalam Facebook beliau semalam.

Ulasan itu rentetan dua buah rumah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul dalam suatu operasi semalam.

Kawasan ini menjadi pertelingkahan apabila pemaju mahu penduduk berpindah ke kawasan lain kerana mahu memajukan kawasan ini.

Lokasi Kampung ini yang hanya lima kilometer dari pusat bandar menjadikan kawasan tersebut umpama lubuk emas dan menjadi rebutan banyak pihak untuk membangunkannya.

Kawasan ini telah diteroka sejak tahun 1980-an lagi dan penduduk dikatakan telah memperoleh pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 - yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka bandar dan mereka perlu dibayar ganti rugi sekiranya kawasan ini ingin dimajukan.

Pertelingkahan mula timbul pada tahun 1996, apabila DBKL membenarkan pemaju untuk membina beberapa blok apartmen di kawasan berkenaan.

Sejak itu, sedikit demi sedikit penduduk kampung ini dikeluarkan dan yang terbaharu membabitkan dua buah rumah.

“Kerajaan yang dipimpin oleh manusia seagama dan sebangsa tega bertindak zalim,” ulas Mazlan lagi.

Yang menyedihkan, dalam keadaan Ramadan makin hampir nasib mereka masih samar-samar di sebuah negara yang pemimpinnya Melayu dan beragama Islam.

No comments:

Post a Comment