Tuesday, June 3, 2014

JAKIM : ITU BUKAN "MIRING", TAPI "MERENG" ...

JAKIM Mana?.. Tak nak tegur ke apa yang Najib buat ni?


Gambar di atas ialah gambar Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencuba alat sumpit di rumah panjang masyarakat Kayan di Long Silat, Bekenu, Sarawak.. pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini..

Begitu juga dengan gambar di bawah ini dimana Perdana Menteri telah diberi penghormatan dengan menaiki perahu di rumah panjang masyarakat Kayan.


Walaupun nampak macam kerja gila sebab naik perahu atas darat, atas nama menghargai penghormatan yang diberikan kepadanya itu, Najib perlu meraikannya..

Oleh itu sekali lagi pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini..

Cuma pandangan JAKIM dan juga Menteri Agama amat perlu dalam perkara yang terpapar dalam gambar di bawah ini..

Dimana Perdana Menteri Datuk diberi penghormatan memulakan adat miring ketika melawat rumah panjang Sg Ukong, Lambir sempena perayaan Hari Gawai baru-baru ini..


Apa yang dilakukan oleh Najib iaitu turut serta dalam amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik menurut portal e-Fatwa di SINI

Menurut laman web e-fatwa hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat Iban bila tetamu melawat ke tempat mereka.

Kadang-kadang acara ini melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut.

Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci amalan tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat ianya adalah haram dan berunsur syirik..


Dalam hal ini adalah tidak wajar kita meletakkan kesalahan tersebut diatas bahu Najib sepenuhnya kerana walaupun beliau adalah seorang Perdana Menteri, beliau juga manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini ialah individu yang dilantik untuk menasihati Najib berkenaan isu-isu yang melibatkan agama Islam..

Kemana dia agaknya?.. Makan gaji buta saja ke atau masih sibuk mempertahankan Cadbury lagi?

JAKIM mana?.. sibuk dengan isu cadbury jugak ke?

No comments:

Post a Comment